READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

SenHeng Menyenaraikan Asus FonePad Pada Harga RM849

Diterbitkan pada April 6, 2013 oleh

Asus FonePad - SenHengAsus Malaysia bakal melancarkan Asus FonePad secara rasminya pada minggu hadapan, tetapi, lebih awal daripada itu, SenHeng melalui katalog untuk bulan April, telah pun menyenaraikan Asus FonePad pada harga RM849.

Asus FonePad merupakan tablet bersaiz 7-inci yang dijana menggunakan cip pemprosesan 1.2Ghz Intel Atom Z2420, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 3-megapixel, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

Salah satu kelebihan yang dibawakan melalui peranti ini adalah sokongan membuat panggilan dan juga SMS, membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai telefon peribadi selain menggunakan ia sebagai tablet.

Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara pelancaran Asus FonePad ini pada minggu hadapan.

Terdapat 23 komen
Komen Popular
  1. murah salah.. mahal salah… susah jadi peniaga kat malaysia ni

  2. hebat gile u.tgk harge da tau byk prob.respect la kt u.puii

Keseluruhan Komen
  1. ni kira telefon la kan? boleh guna rebate 200.. haha nasib baik rebate 200 aku dah nak expired.. takde la aku terkilan sangat

  2. wa berminat nk rembat 1
    kalau galaxy tab dah pre install polaris office..fonepad ntah ada app hok free pun tak tau

  3. Pingback: SenHeng reveals 7″ ASUS FonePad pricing at RM849 | SoyaCincau

  4. Pada harga bawah RM 850 padfone Asus ini boleh dikira amat murah sedangkan iPad Mini yang kurang berguna(specs kurang)pun harganya mahal – RM999. Asus punya produk memang berkualiti.

  5. Berbaloi! Processor pun gempak jugak walaupun singe-core je.

  6. Hmmmm nak tanya.
    cip pemprosesan 1.2Ghz Intel Atom Z2420 ni power tak ?

  7. pemprosesan intel atom….boleh pasang ubuntu dengan mudah tablet ni nanti….wow..

    • hmm agak2nya ada tak org yg nak buat rooting terus jdk ubuntu tablet tak?

  8. Agak2 korang la.. nak install windows xp ker 7 ker leh tak… kalau boleh mesti best ni….

  9. spec cenggini harga 800?? langsung tak berbaloi…

  10. Murahnya harga…cuma RM850 je…specs okay jugak..Jelly Bean lagi

  11. Ade sesape dh pakai ke asus ni? Nak try gak beli.. Ade pape prob tak? Tgk hrga murah je

  12. Ade sesape dh pakai ke asus ni? Nak try gak beli.. Ade pape prob tak? Tgk hrga murah je.. Hmm

Komen

Nama
Web