Carian
Skype (Preview) Hadir Untuk Pengguna BlackBerry Q10
April 25, 2013 Aman

BlackBerry Q10 masih belum dilancarkan untuk pasaran Malaysia, tetapi nampaknya, salah satu aplikasi popular, iaitu Skype hadir untuk pengguna BlackBerry Q10 terlebih dahulu dan sedia untuk diuji semua dengan memuat-turunnya melalui BlackBerry World hari ini.

Skype Preview Untuk BBQ10

Ia dikatakan versi untuk BlackBerry Z10 akan hadir tidak lama lagi. Seperti biasa, aplikasi Skype ini membolehkan pengguna untuk menghantar mesej dalam bentuk teks, ataupun membuat panggilan dalam bentuk video atau audio secara percuma antara pengguna Skype.

Pengguna juga turut sama boleh membuat panggilan ke talian lain melalui aplikasi tersebut, selain menghantar dan menerima gambar, video dan pelbagai jenis fail melaluinya.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna BlackBerry Q10 dan juga Dev Alpha C sahaja, dan akan diperluaskan kepada BlackBerry Z10 tidak lama lagi.

Komen