READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sony Xperia SP Mula Dijual Di Malaysia

Diterbitkan pada April 24, 2013 oleh

Pada bulan Mac yang lepas, pihak Sony Mobile telah memperkenalkan dua peranti baru mereka dengan spesifikasi pertengahan, dimana salah satunya adalah Xperia SP. Menariknya kini setelah lebih sebulan, peranti tersebut turut ditawarkan penjual tempatan pada harga RM1200.

xperia-sp

Xperia SP merupakan peranti berasaskan Android, membawakan skrin bersaiz 4.6-inci, kamera belakang 8-megapixel, dijana menggunakan cip pemprosesan 1.7GHz, dan bateri berkapasiti 2370mAh.

Seperti rekaan peranti Sony untuk tahun 2013 ini, Xperia SP turut sama membawakan butang kuasa ikonik, selain turut menyertakan butang yang didedikasikan untuk rakaman gambar.

Peranti ini kini ditawarkan oleh beberapa penjual di Malaysia, dimana dijual pada harga RM1200. Pihak Sony Mobile Malaysia masih belum mengumumkan harga jualan saranan secara rasmi buat masa ini.

Terdapat 16 komen
Komen Popular
  1. lepas ni xperia T dan TX mesti harganya bawah 1K…terbaik la Sony

Keseluruhan Komen
  1. lepas ni xperia T dan TX mesti harganya bawah 1K…terbaik la Sony

  2. terbaiklah sony..harga pun xde la mahal….berbaloi beli ni….internet pun laju pakai 4G

    • itu bukan harga rasmi dari sony, tapi dari dealer2 tempatan…

  3. yes! terbaik la amanz.. at last buat juga review hp sony sp ni walaupun x secara detail. walaupn guna dual core je tp resut benchmark dia bole beat 4 core samsung s3, bluetooth 4.0, skrin HD walaupun x full hd dan yg paling penting ada SONY BRAVIA engine.
    Amanz, lepas ni buat review hp SONY XPERIA L lak ye. thanks bro..

  4. Pembelian terbaik….Lebih bagus angkat ini drpd Xperia Z dan ZL…Murah dan specs berpadanan

  5. Harga yang tak mengecewakan. Spesifikasi pun di tahap terbaik. Tapi kenapa cepat sangat keluar yang baru? Baru cadang nak beli Xperia Z, tapi Xperia SP nampak lebih mampu milik :-)

  6. Skang harga dah turun..rm1080 je.br td aku tanya dealer kat mudah.com

  7. Sy nk bli xperia sp..emmm…comel Sgt tau… skrin pun bsar….xsbar nyerr…

  8. kenapa tak boleh guna ‘mobile data’ ? ada sesiapa tau?

Komen

Nama
Web