Cari @ Amanz

Pada tahun 2008, HTC mengeluarkan HTC Dream dan ia merupakan peranti Android pertama di dunia. Ia merupakan langkah awal Google sebelum Android menjadi sistem operasi mobil terbesar dunia sekarang. Pada awalnya nama HTC memang sinonim dengan Android. Tetapi sejak kebelakangan ini HTC gagal bersaing dengan pengeluar peranti Android yang lain dan tempatnya diambil alih oleh Samsung. Tahun ini HTC melaporkan kerugian teruk dan ramai merasakan HTC bakal berkubur.

Spesifikasi HTC One
Cip 1.7GHz (empat-teras) Snapdragon 600
Kamera Utama 4 Megapixel dengan teknologi Ultrapixel
Kamera Hadapan 2.1 Megapixel dengan Wide Angle
Storan Terbina 32/64 Gigabyte . Tiada sokongan kas SD
RAM 2 Gigabyte
Skrin 4.7 inciLCD HD Penuh
Bateri 2300 mAh

HTC One adalah peranti yang diharap dapat menyelamatkan masa depan syarikat yang berasal dari Taiwan ini. Ia akan bersaing secara terus dengan Sony Xperia Z dan Samsung Galaxy S4 bagi merebut takhta peranti Android terbaik 2013.

Bagi memastikan One tidak akan mengalami kegagalan seperti One X yang dikeluarkan tahun lalu HTC melakukan beberapa perubahan drastik dari segi rekaan peranti dan antaramuka mereka. One dibina hampir sepenuhnya dengan menggunakan aluminium. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah iPhone dan Blackberry 10. Dari segi saiz One adalah lebih kecil berbanding Xperia Z dan Galaxy S4. Ini adalah kerana tidak seperti dua peranti ini, One hanya dilengkapi skrin sebesar 4.7 inci dan bukannya 5 inci.

Dari segi fizikal pula butang kuasa terletak dibahagian atas sebelah kiri peranti manakala butang suara pula pada bahagian kanan. Kedua-dua butang ini tidak tersembul keluar bagi memastikan rekabentuk monolitik peranti ini dikekalkan. Butang kuasa One juga berfungsi sebagai pemancar infra merah yang membenarkan anda menggunakannya sebagai sebuah alat kawalan jauh.  Fungsi kawalan alat jauh ini menyokong penggunaan dekoder Astro dan majoriti sistem audio visual berjenama. Kami sempat menggunakan fungsi ini untuk menukar saluran TV yang ditayangkan di restoran mamak berhampiran pejabat kami. Fungsi ini mungkin boleh disalah gunakan sesetengah pengguna nakal!

Fungsi remote yang menyokong dekoder AstroSatu lagi keunikan HTC One ialah ia mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan peranti. Sekiranya anda seperti kami, gemar menonton klip YouTube pada peranti mobil kehadiran pembesar suara pada bahagian hadapan sudah lama kami nantikan.  Kualiti bunyi dari kedua-dua pembesar suara ini juga sangat baik dan didatangi dengan sokongan Beats Audio. Bunyi yang dihasilkan bukan sahaja jelas tetapi padu.  Inovasi dari HTC ini kami harap akan menjadi ikutan pengeluar telefon pintar yang lain kerana pembesar suara yang selama ini menjadi standard setiap peranti sudah ketinggalan zaman. Pembesar suara ini juga memudahkan panggilan telefon hands free kerana suara pemanggil dipancarkan ke hadapan dan bukannya ke belakang seperti peranti lain. Hasilnya kualiti panggilan yang lebih jelas didengari.

[amanz-gallery]

Butang kuasa One juga berfungsi sebagai pemancar infra merah yang membenarkan anda menggunakannya sebagai sebuah alat kawalan jauh.Dari segi estetika rekaan pilihan HTC One memang cantik tetapi dari segi ergonomik ianya mungkin kurang sesuai. Pertama sekali butang suara dan kuasa agak sukar ditekan. Lokasi butang kuasa pada bahagian atas sebelah kiri juga agak sukar dicapai oleh jari ketika penggunaan sebelah tangan. Ini adalah kelemahan kecil yang kami sedari sepanjang penggunaan peranti ini. Buat masa ini dari segi rekaan ergonomik XPeria Z masih berada di tangga teratas carta.

Sepanjang penggunaan selama seminggu kami tidak menemui sebarang masalah besar dengan peranti ini. Apa yang kami sedari hanyalah peranti menjadi agak panas apabila digunakan untuk menonton video.

Antaramuka

xperia-Z-antaramukaAntaramuka Sense direka semula secara menyeluruh untuk iterasi ke limanya. Tiada lagi penggunaan gradient dan animasi 3D yang selama ini sangat sinonim dengan launcher rekaan HTC ini. Hasilnya ialah antaramuka yang lebih minimalistik, kemas dan sedap mata memandang.  Fungsi Skin dan Theme yang membolehkan pengguna merubah warna dan rupa antaramuka tidak lagi disokong. Kustomasi terhadap rupa antaramuka kini hanya boleh dilakukan pada wallpaper. HTC One bolehlah dikatakan mempunyai antaramuka yang seakan IOS kerana mengurangkan pilihan kustomasi kepada penggunanya.

Animasi peralihan dari satu aplikasi ke satu aplikasi serta puluhan widget HTC (Friendstream, jam dan kalklukatir) juga dihentikan. Antara sebab mengapa fungsi-fungsi ini dihentikan ialah kerana ia mengambil terlalu banyak ruang memori dan penggunaan pemproses yang tinggi.  Jadi tidak menghairankan penggunaan HTC One terasa lebih lancar dan pantas berbanding peranti HTC yang ada sebelum ini.

Sense 5 juga berbeza dari 4+  kerana hanya menggunakan dua butang kawalan kapasitif . Ini jelas berbeza berbanding peranti HTC dan Android yang lain. Majoriti peranti terkini yang ada di pasaran mempunyai 3 butang kawalan untuk home, kembali kebelakang dan multi tasking. Sebaliknya Pada HTC One hanya terdapat dua butang kawalan kapasitif kerana ketiadaan butang kapasitif untuk multi tasking. Bagi mengakses skrin multi tasking anda harus menekan butang home sebanyak dua kali. Pada awal penggunaan kami merasa agak janggal dengan sistem kawalan ini.  Paparan skrin multi tasking mengalami perubahan dimana 9 aplikasi terakhir yang digunakan akan dipaparkan sekaligus seakan akan antaramuka sistem operasi Meego. Jika anda membuka lebih dari 9 aplikasi, aplikasi yang ke 10 tidak akan kelihatan di paparan multi tasking.

xperia-Z-kesemua-antaramuka

HTC Blinkfeed

Kali pertama peranti diaktifkan anda akan dibawa ke skrin Blinkfeed. Blinkfeed membenarkan anda meletakkan kesemua kemasan status laman sosial, kalendar dan laman sesawang di dalam satu aplikasi yang mudah dibaca. Kami mendapati Blinkfeed mudah digunakan dan mempercepatkan proses melihat kesemua kemasan status terkini teman-teman dan laman sesawang kegemaran kami.  Ianya mempunyai persamaan dengan aplikasi Flipboard. Blinkfeed tidak boleh dinyah aktifkan tetapi anda boleh menukar laman home peranti anda ke laman lain sekiranya perlu. Buat masa pilihan yang ada pada Blinkfeed masih agak terhad. Tiada sokongan untuk memasukkan terus RSS Feed dari laman kegemaran anda secara manual. Pilihan perkhidmatan berita juga terhad kepada media barat. Kami merasakan sekiranya perkhidmatan dari media tempatan dan kemampuan memasukkan sendiri RSS Feed laman sesawang secara manual pasti akan membuatkan Blinkfeed lebih berguna untuk pengguna tempatan.

Kamera Ultrapixel

Penggunaan kamera utama hanya sebesar 4 Megapixel mengejutkan ramai diantara anda. Ianya mempunyai sensor yang lebih kecil dari Nokia N95 yang muncul di pasaran pada tahun 2007. Pihak HTC berkata megapixel tidak lagi penting untuk peranti masa hadapan tetapi saiz pixel adalah lebih utama. Oleh itu teknologi UltraPixel digunakan di mana HTC mendakwa sensor mereka dapat menangkap 300% lebih banyak cahaya dari sensor kamera biasa. Hasilnya ialah gambar yang mempunyai imej yang lebih tajam dan berfungsi dengan baik di dalam situasi pencahayaan rendah. HTC One mempunyai saiz pixel sebesar 2 mikron berbanding 1.4 micron pada iPhone5 dan Lumia 920. Secara teorinya gambar yang diambil dari HTC One adalah lebih jelas berbanding peranti lain.

Di bawah ialah gambar yang kami ambil menggunakan HTC One dan Sony Xperia Z . Jelas kelihatan gambar yang diambil dengan HTC One lebih terang dan tajam berbanding Xperia Z yang mempunyai saiz pixel 1.2 mikron.

Dari pengamatan kami gambar yang diambil menggunakan HTC One mempunyai warna yang lebih panas dan imej yang lebih tajam. Seperkara lagi harus dinyatakan lensa kamera utama dan hadapan One kedua-duanya menggunakan lensa wide angle. Jika anda gemar mengambil gambar potret yang diambil sendiri kamera One memudahkan anda melakukannya.

Sila klik gambar-gambar di bawah untuk melihatnya dalam resolusi sebenar.

Kamera : HTC Zoe

Selain Ultrapixel, HTC One juga didatangi dengan fungsi baru HTC Zoe. Zoe ianya singkatan perkataan Zoetrope yang bermaksud roda kehidupan. Di dalam mod Zoe, gambar yang diambil turut disertakan dengan klip video sepanjang 4 saat. Dua saat sebelum pemetik kamera ditekan dan dua lagi selepas pemetik kamera ditekan. Dari klip video ini suntingan gambar seperti pembuangan objek, gambar berturutan dan suntingan air muka.

Fungsi suntingan air muka HTC Zoe adalah seperti fungsi suntingan muka yang ada pada Samsung Galaxy Note 2. Air muka pada gambar yang diambil boleh diubah dan digantikan dengan air muka berbeza dari klip video empat saat yang diambil.

Fungsi gambar berturutan pula membolehkan anda menggabungkan pelbagai gambar aksi menjadi sekeping gambar.Seperti contoh gambar di atas 5 keping gambar seorang lelaki menaiki basikal digabungkan menjadi sekeping gambar komposit. Akhir sekali ialah fungsi pembuangan objek di mana elemen pada gambar yang tidak diingini boleh dibuang mengikut kehendak pengguna. Fungsi ini sama seperti fungsi content aware fill yang ada pada perisian Adobe Photoshop.

HTC Zoe juga boleh digunakan bagi menghasilkan klip video pendek sepanjang 30 saat secara automatik. Kesemua gambar dan klip video yang disimpan di dalam sesebuah folder akan disambungkan menjadi klip video dengan muzik yang dipilih sendiri oleh pengguna.

Seperkara lagi antaramuka galeri gambar juga diberikan penaiktarafan dengan thumbnail yang tidak lagi statik. Sekali imbas dari muka utama galeri anda boleh mengetahui isi kandungan setiap folder yang ada.

Fungsi suntingan gambar baru juga dalam dilihat di dalam Sense 5 dimana beberapa penapis dan kesan khas baru ditambah dari yang sudah sedia ada di dalam Sense 4+.

Kelemahan yang kami dapat kesan ialah penggunaan HTC Zoe akan mengambil ruang muatan dalaman kamera anda. Setiap klip video 4 saat yang diambil menggunakan Z mengambil ruang diantara 3-4 Megabyte. Dari segi kualiti gambar, imej yang diambil masih belum dapat menandingi gambar yang diambil menggunakan peranti Lumia 920.

Penanda Aras

HTC One mendapat 12313 markah berbanding 7877 markah untuk Xperia Z pada penanda aras Quadrant. Pada penanda aras Antutu pula HTC One mendapat 21531 markah berbanding 20838 markah untuk Xperia Z. Sepanjang tempoh ulasan dilakukan kami tidak menemui sebarang masalah sela masa. Aplikasi dapat dilancarkan hampir secara serta merta. Buat masa ini markah yang diperolehi oleh One adalah markah tertinggi pernah kami lihat. Sungguhpun begitu jelas kelihatan Galaxy S4 mengungguli carta Antutu Benchmark. Sepanjang tempoh ulasan dilakukan kami tidak menemui sebarang masalah sela masa ataupun masalah aplikasi yang gagal berfungsi ketika digunakan.

xperia-z-penanda-aras

Bateri

Ketahanan bateri HTC One adalah sederhana. Pada penggunaan ringan ia mampu bertahan diantara 18 – 20 jam sebelum perlu dicas semula. Pada penggunaan berat ia bertahan diantara 8 – 9 jam. Seperti biasa ini bergantung kepada talian selular anda.  Hayat bateri yang kami nyatakan di atas tidak jauh berbeza dari hayat bateri peranti-peranti lain diluar sana. Bateri HTC One hanya sebesar 2300 mAh.

xperia-Z-prestasi-bateri

Kesimpulan

HTC One ialah peranti Android paling kemas dan cantik yang pernah kami lihat. Binaan tubuhnya yang dihasilkan dari sebongkah aluminium menghasilkan kualiti binaan yang jauh lebih praktikal dari plastik ataupun kaca yang sedia ada. Bahagian belakang yang melengkung juga memastikan peranti ini selesa dipegang. Bahagian tepi skrin juga melengkung sedikit bagi memudahkan pengguna melakukan tatalan. Ini memudahkan aksi menukar tab di dalam aplikasi seperti Chrome sebagai contoh. Sungguhpun begitu terdapat beberapa kekurangan yang harus kami nyatakan. Tubuh aluminium peranti ini mudah memerangkap kesan jari dan mudah tercalar. Ini sama seperti masalah yang dihadapi oleh Iphone 4S dan 5 yang juga menggunakan binaan aluminium. Seperkara lagi kedudukan butang kuasa pada bahagian atas sebelah kiri adalah kurang mesra pengguna.

Dari ujian penanda aras kami mendapati HTC One mempunyai prestasi yang lebih tinggi dari Sony Xperia Z dan rendah sedikit dari Samsung Galaxy S4. Menggunakan markah yang yang kami dari ulasan Xperia Z sebelum ini, HTC One mendapat 12313 markah pada penanda aras Quadrant. Pada penanda aras Antutu pula HTC One mendapat 21531 markah. Sepanjang tempoh ulasan dilakukan kami tidak menemui sebarang masalah sela masa. Aplikasi dapat dilancarkan hampir secara serta merta.

Dari segi sistem antaramuka pula Sense 5 yang minimalis tetapi kemas adalah sangat berbeza dari Sense 4+ sebelum ini. Kepada pengguna setia HTC perubahan yang dilakukan adalah agak drastik. Fungsi HTC Theme dan animasi tiga dimensi tidak lagi disokong. Tatalan untuk dulang aplikasi dan widget kini dilakukan secara menegak dan bukan lagi mendatar. Tetapan kustomasi peranti juga kini diletakkan pada skrin tetapan dan tidak lagi diakses dengan menekan skrin selama beberapa saat.

Kamera 4 megapixel UltraPixel HTC One pula mengambil gambar yang baik dan terang sungguhpun pada keadaan cahaya yang rendah. Resolusi gambar adalah lebih kecil iaitu 2688 x 1520 pixel berbanding 3264×2448 pixel pada kamera 8 megapixel. Sungguhpun begitu kami mendapati saiz fail gambar HTC One adalah lebih besar. Seperti LG Nexus 4, aplikasi suntingan gambar yang terbina adalah cukup baik untuk kegunaan pengguna biasa. Kekurangan yang kami sedari ialah masih tiada fungsi Photosphere.

Fungsi HTC Zoe pula memudahkan penyuntingan gambar. Mod pembuangan objek dan pengubah air muka semestinya berguna bagi mereka yang tidak mahu membuang masa menyunting gambar menggunakan Photoshop pada komputer mereka.

BoomSound pastinya menarik minat mereka yang gemar mendengar muzik dari peranti mereka tanpa menggunakan fon telinga. Sistem bunyi stereo dengan sokongan Beats Audio benar-benar hidup dan terdapat fungsi karaoke lengkap dengan lirik. Lokasi pembesar suara pada bahagian depan juga memastikan bunyi yang yang lebih kuat ketika menggunakan fungsi speaker phone.

PRO dan Kelebihan
  • Kemasan paling premium jika dibandingkan dengan peranti-peranti Android yang ada di pasaran. Bahagian belakang yang melengkung memastikan peranti dapat dipegang dengan selesa. Pada hujung skrin terdapat lengkungan bagi memudahkan tatalan.
  • Antaramuka Sense 5 yang kemas dan minimalistik. Perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan Sense 4+.
  • Tiada langsung masalah sela masa sepanjang penggunaan. Kesemua aplikasi terbuka hampir secara serta merta. Kelajuan tatalan juga lebih lancar dari kesemua peranti Android yang pernah kami ulas sebelum ini.
  • Paparan skrin yang cantik. Penghasilan warna yang lebih realistik.
  • Pembesar suara stereo. Video yang ditonton kini dapat dinikmati dengan lebih baik. Panggilan telefon menggunakan mod speaker phone juga jauh lebih jelas dan mudah.
  • Jangka hayat bateri yang agak baik terutamanya jika mod hayat bateri diaktifkan.
  • HTC Blinkfeed memudahkan anda melihat kemasan terkini dari teman dan laman sosial pilihan anda. Ianya jauh lebih mesra pengguna dari apa yang digunakan pada Facebook Home.
  • Kid’s Mode fungsi seakan Kid’s Corner yang ada pada peranti Nokia Lumia. Menghadkan akses dan penggunaan aplikasi kepada kanak-kanak. Fungsi yang pasti digunakan oleh golongan ibu bapa.
KONTRA dan Kekurangan
  • Binaan aluminium agak mudah tercalar terutamanya untuk model berwarna hitam
  • Binaan badan aluminium ini juga mudah kotor dengan kesan cap jari.
  • Menjadi agak panas selepas penggunaan beberapa lama. Masalah telefon pintar ini masih belum mampu dihapuskan. Pada peranti Sony Xperia Z juga masalah ini dapat dikesan
  • Kedudukan butang kuasa pada bahagian atas selekah kiri yang kurang mesra pengguna. Kenapa tidak diletakkan pada bahagian atas sebelah kanan seperti pada HTC One X ataupun sebelah atas tengah seperti HTC Butterfly?
  • Skrin yang kecil jika dibandingkan pesaing Samsung Galaxy S4 dan Sony Xperia Z
  • Kehilangan butang multi tasking. Perlu menekan butang home sebanyak dua kali agak tidak mesra pengguna.
  • Info
  • HTC One dijual pada harga RM2299 untuk versi 32GB dan juga RM2499 untuk versi 64GB.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd