Cari @ Amanz

Dengan Windows Phone 8, Microsoft hanya menyokong skrin dengan resolusi 720p sahaja buat masa ini. Tetapi ia bakal berubah tidak lama lagi, dimana mengikut laporan terkini, ia dikatakan Microsoft bakal menambah sokongan skrin dengan resolusi 1080p sekitar penghujung tahun ini.

Sokongan untuk perkara ini dijangka akan disertakan bersama-sama dengan kemaskini Windows Phone 8 kelak.

Seperti semua sedia maklum, sejak daripada awal tahun ini, pelbagai telefon pintar hadir ke pasaran yang membawakan sokongan paparan HD Penuh melaluinya.

Selain daripada sokongan paparan skrin 1080p, melalui kemaskini tersebut juga, Microsoft dijangka akan menambah sokongan pelbagai jenis cip pemprosesan Qualcomm, dan membolehkan pengeluar peranti hadir dengan telefon pintar dengan cip empat-teras dan sebagainya.

Apa pun, buat masa ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak Microsoft yang dikeluarkan, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd