Cari @ Amanz

Adobe Photoshop CCBersama-sama dengan pengumuman berkenaan dengan pengenalan Adobe Creative Cloud, salah satu aplikasi popular yang turut mendapat perhatian semestinya adalah Photoshop. Setelah memperlihatkan salah satu fungsi sebelum ini, kini pihak Adobe turut sama telah mengumumkan Photoshop CC secara rasminya.

Seperti semua sedia maklum, salah satu sokongan yang disertakan adalah kebolehan untuk menjadikan gambar yang kabur lebih jelas dengan mudah. Disamping itu, perisian Photoshop CC ini juga menerima kemaskini dari segi enjin penyuntingan RAW daripada Adobe Lightroom.

Adobe Photoshop CC juga turut sama membawakan kemaskini dari segi sokongan smart sharpen, dan beberapa perkara yang lain.

Bersama-sama dengan pengenalan ini juga, Adobe menyatukan Photoshop biasa dan juga Photoshop Extended, sekaligus memudahkan pengguna membuat pilihan. Integrasi Behance juga disertakan pada Photoshop CC, membolehkan pengguna untuk menerbitkan fail mereka terus ke Behance dengan hanya satu klik.

Adobe Photoshop CC ditawarkan melalui pakej Creative Cloud, dimana pengguna boleh melanggan ia pada harga $19.99 sebulan, ataupun melanggan keseluruhan koleksi Creative Cloud pada harga $49.99 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd