READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Dengan beberapa syarikat telekomunikasi sedia ada di Malaysia, kini ia turut disertai oleh Buzz Me, yang mana menawarkan perkhidmatan membuat panggilan, menghantar SMS dan juga penggunaan internet mudah-alih berasaskan caj penggunaan.

BuzzMe

Buzz Me mengatakan kelebihan mereka sebagai antara penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang memberikan ganjaran kepada pelanggan mereka. Untuk setiap ringgit yang dibelanjakan oleh para pengguna Buzz Me, mereka akan menerima ganjaran sehingga 20% yang mana boleh digunakan pada laman M8 untuk membeli peranti mudah-alih dan sebagainya.

Dari laman Buzz Me sendiri, kelihatan mereka telah sedia mempunyai senarai pengedar yang banyak, dan Buzz Me merupakan salah satu MVNO yang menggunakan rangkaian UMobile. Para pengguna yang mendapatkan pakej prabayar Buzz Me, akan menggunakan nombor telefon dengan pemulaan 011-34, sementara dari segi caj pula pada kada 13 sen untuk 30 saat (panggilan), 10 sen untuk satu SMS, dan 5 sen/MB untuk data internet.

BuzzMe

Salah satu kekurangan yang boleh dikatakan adalah kerana tiada langganan pakej data yang ditawarkan oleh pihak Buzz Me buat masa ini, yang mana akan membuatkan ramai pengguna muda yang menggunakan internet pada peranti mudah-alih mereka ragu-ragu untuk memilihnya.

Terdapat 15 komen
Komen Popular
  1. Bila ada persaingan, rakyat yang akan terima keuntungan. Harap lebih banyak telco yg wujud, bab anda nak bankrap kami tak kisah, tapi kami akan pilih yang paling menguntungkan kami

Keseluruhan Komen
  1. Bila ada persaingan, rakyat yang akan terima keuntungan. Harap lebih banyak telco yg wujud, bab anda nak bankrap kami tak kisah, tapi kami akan pilih yang paling menguntungkan kami

  2. 10sen/sms kalau Umobile 8sen/sms.. lebih kurang sama je.
    kalau Buzz Me guna Umobile, data plan mmg 4G laa..

  3. Aku rasa persaingan yang sihat dalam industri komunikasi biarlah berbaloi pada pengguna…

    • Apa kata anda tinggal kat usa, sebab kat sana internet murah spt yg anda kata kan. :-D

  4. Umobil internet lg bagus. RM15 500MB.
    Maxis call plan lg bagus. Mesej 1sen je. Call 1 minit 6sen je.

  5. Mmg pon kalau ader limit cam tersekat ke lg pon m8 ni nak tengok poin pon x leh tau tau main tebus je….n x banyak tempat yg ader jual topup m8 ni…kene lak 7e x der topup contoh dah kehabisan duit cam ne nak cari,,..adeyyyy susah la..aku yg dok pakai m8 ni pon rase cam terkejar2 je nak cari topup…sedeyyyyy

  6. Saya rasa inilah telco paling cekik darah. saya langgan pelan data rm5 100 mb untuk kali ke3. masalahnya cuma buka facebook tak sampai 3 minit tp terus makan 7 mb. sdgkn data kat handphone sy baru gu
    na 300 kB.

Komen

Nama
Web