READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Bagi kebanyakkan pengguna perbankan talian, salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila dikenakan caj untuk pemindahan dana dari satu bank ke bank yang lain. Sekiranya sebelum ini caj yang dikenakan adalah sekitar 50 sen sehingga RM2, bermula hari ini, caj tersebut dikurangkan kepada 10 sen untuk setiap transaksi.

Maybank - Interbank GIRO

Perubahan dan pengurangan caj perkhidmatan ini sekaligus membolehkan pengguna untuk lebih aktif melakukan pemindahan wang antara bank, dan pada masa yang sama tidak menanggung kos perkhidmatan yang tinggi seperti sebelumnya.

Caj sebanyak 10 sen ini dikatakan efektif bermula hari ini, dan disokong oleh pelbagai bank utama, termasuk Maybank dan juga CIMB. Ia dikatakan ini adalah salah satu inisiatif dalam mengalakkan lagi perbankan atas-talian oleh pihak Bank Negara.

Terdapat 19 komen
Komen Popular
  1. Jika tidak salah saya, caj interbank giro adalah RM2 untuk setiap transaksi. Saya adalah pengguna aktif Bank Islam dan juga Maybank2u. Jika saya pindahkan wang dari bank-bank tersebut, saya dikenakan caj 2 ringgit.

Keseluruhan Komen
  1. bang, ada typo disitu

    “Perubahan dan pengurangan caj perkhidmatan ini sekaligus membolehkan pengguna untuk lebih aktif melakukan pemindahan wang antara bang,”

    bang = bank

  2. Jika tidak salah saya, caj interbank giro adalah RM2 untuk setiap transaksi. Saya adalah pengguna aktif Bank Islam dan juga Maybank2u. Jika saya pindahkan wang dari bank-bank tersebut, saya dikenakan caj 2 ringgit.

  3. Amanz, bukan ker caj interbank transfer rm2.00 ?

    • Aku guna CIMB, dia start 50 sen. :D

      BTW, dah update artikel. Terima kasih. ;)

      • kalau tak salah.. untuk transaksi pertama dan kedua dalam bulan yang sama adalah RM0.50.. selepas tu bank akan caj RM2.00 untuk transaksi berikutnya dalam bulan tersebut..

  4. syukur kepada bank negara. maybank charge 10sen jugak ke?

  5. Harap2 lah tahan lama.. Jangan kuatkuasa 1 minggu dah lah..
    Nak pilihanraya, dah muncuk tanda penjimatan.. Apakah ini?

  6. Charge interbank bergantung kepada provider (maybank, cimb, bank islam, bank rakyat dll), ada yang semurah 50, dan paling mahal rm2.

    Kalau dh kurang sehingga 10sen, lebih bestlah…bayar sewa rumah senang, nak urusan perniagaan, jual beli barang pun akan bertambah. Sbb biasanya orang yang pakai maybank akan tanya, ada akaun maybank x? Begitu juga cimb dan lain2…harapannya betullah ura2 ni…

  7. kan bagus kalu tak amik masa yang lama transfer… i mean lepas kita transfer pihak lagi satu dpt terus even lain bank (atau aku je x notice dh boleh mcm tu)

    • Kalau CIMBClicks, dia ada fungsi Instant Transfer. Memang dia transfer terus. Tapi caj perkhidmatan dia lagi tinggi.

    • atas urusan bank dari pelbagai segi ( ledger, security authorization [ fraud , machine error, human error ] ). sebagai contoh, check. Ada kala masuk memang cepat, tapi belum tentu duit tu boleh keluarkan terus.

  8. orait, semalam masa baca artikel ni, tak boleh try, sebab dah jam 11.45 malam, internet banking semua hold (under maintainance)

    pagi ni try, transfer dari cimb ke maybank, memang RM0.10! yehaa….bayar loan kereta pun makin kuranglah duit kena telan…sebab intra bank kan…hoho~

    tapi kalau cimb ke Tabung Haji, still rm0.50.

  9. Tumpang tanya. Adakah kesemua bank di Malaysia akan kena charge hanya 10-sen? Bagaimana tempoh transfer? Adakah ia instant atau memakan masa beberapa harap. Harap ada yang sudi kongsi. Terima Kasih.

  10. Untuk Bank Islam

    Fund Transfer Interbank GIRO RM0.10

    Yahoo!

  11. salam sy ada satu soalan. apa perbezaan Instant Interbank Transfer & GIRO Interbank Transfer
    harap dapat mebantu

    • Interbank transfer biasanya mengambil masa yang lama sebelum ia muncul pada akaun penerima, lebih kurang sehari. Manakala Instant Interbank pula dibuat serta-merta.

Komen

Nama
Web