Cari @ Amanz

Terdapat beberapa permainan untuk peranti mudah-alih yang memfokuskan kepada permainan ringkas dan kasual. Terkini, salah satu permainan yang hadir untuk peranti iOS dan mula mendapat perhatian ramai pengguna adalah permainan Dots.

Dots - iOS

Dots merupakan sebuah permainan ringkas, dimana memfokuskan kepada menghubungkan antara satu titik ke titik yang lain. Melaluinya pengguna diberikan dengan kedudukan dot-dot berwarna secara rawak, dan dalam masa 60 saat, pengguna perlu menghubungkan kepada seberapa banyak dot yang boleh oleh mereka.

Walaupun permainannya tampak ringkas, tetapi ia agak mencabar, dan membolehkan pengguna memainkannya pada masa lapang.

Bagi pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd