Cari @ Amanz

Dengan Nokia yang bakal mengumumkan peranti terbaru mereka, dikenali sebagai “Nokia Catwalk” dalam masa terdekat ini, kini sebuah gambar hadir, dikatakan sebagai Lumia 925 yang bakal diumumkan oleh pihak Nokia. Peranti ini dijangka akan membawakan binaan berasaskan alumnium, serta dijana menggunakan Windows Phone 8.

Nokia Lumia 925

Peranti Lumia terbaru ini juga dijangka akan dilengkapi dengan sokongan kamera PureView, dan berkemungkinan menyertakan sensor seumpama Nokia 808 PureView sebelum ini.

Daripada gambar yang tertiris ini, tidak begitu banyak perkara yang diperlihatkan. Apa pun sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Nokia lewat esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd