Carian
Google+ Games Akan Dimatikan Pada 30 Jun 2013
May 16, 2013 Aman

Sepanjang hari ini, walaupun Google mengumumkan beberapa perkara baru, pada masa yang sama mereka terus mengemaskini tawaran perkhidmatan mereka, dan turut mengumumkan akan mematikan perkhidmatan Google+ Games pada 30 Jun 2013 kelak.

Google+ Games telah diperkenalkan pada laman sosial Google+, menawarkan permainan kasual pada pelayar web. Ia telah dilancarkan pada Ogos 2011, ketika ramai yang menghabiskan masa memainkan pelbagai jenis permainan pada pelayar web, terutamanya daripada Zynga dan beberapa yang lain.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan mereka yang memainkan permainan pada Google+ adalah amat sedikit, dan kini Google mengambil langkah untuk mematikan perkhidmatan tersebut.

Komen