Carian
Google Memperkenalkan Google Play Untuk Pendidikan
May 16, 2013 Aman

Google sedia terkenal dengan Google Apps dan Chromebooks yang digunakan dalam pendidikan secara meluas, termasuk di Malaysia. Kini, dalam usaha untuk membawa Android ke dalam arena pembelajaran, Google telah pun mengumumkan inisiatif baru dinamakan sebagai Google Play for Education.

Google Play for Education

Google Play untuk pendidikan ini akan membolehkan para pelajar dan pendidik untuk mengakses pelbagai kandungan dan aplikasi berbentuk pelajaran daripada Google Play Store dan menggunakannya di sekolah.

Menariknya, pendidik boleh mengawal tablet yang digunakan oleh para pelajar, dan pada masa yang sama menolong mereka memasang beberapa aplikasi atau memuat-turun kandungan terus ke tablet pelajar.

Google Play Education

Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, pihak Google mengalakkan para pembangun untuk hadir dengan pelbagai aplikasi memfokuskan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti, sekaligus membantu generasi muda dalam memahami pelbagai topik dengan mudah.

Komen