READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

HTC 1998HTC telah mengeluarkan telefon pintar dan peranti dengan skrin sentuh, jauh sebelum mengeluarkan peranti Android lagi. Malah, mereka juga yang pertama hadir dengan telefon pintar Android ketika Google mengumumkannya dulu.

Kini, melalui sebuah video ringkas, HTC mempertontonkan beberapa pencapaian mereka, bermula daripada tahun 1998, selain turut hadir dengan telefon pintar 3G Windows Mobile pertama, serta telefon pintar Android 4G yang pertama.

Pada tahun ini, mereka telah melancarkan telefon pintar HTC One, yang mana membawakan rekabentuk peranti yang amat menarik, dan turut dikatakan sebagai telefon pintar Android terbaik untuk tahun ini.

Terdapat 21 komen
Komen Popular
  1. Secara peribadi, saya amat suka melihat sejarah bidang teknologi, kemudian di-compile didalam sebuah video.

    HTC sememangnya gah dgn jenamanya, sebaris dgn jenama pesaing terdekat mereka, Samsung dan Sony. Sayangnya, “orang-orang kuat” yg membawa HTC di tempatnya sekarang sudah meninggalkan syarikat terbabit. Kouji Kodera,Leenard Hoornik, Elizabeth Griffin dan Eric Lin merupakan antara nama besar yg byk membantu HTC naik telah meninggalkan syarikat terbabit. Juga, HTC’s CEO juga berkata akan meninggalkan HTC jika produk mereka, HTC One tidak memberangsangkan.

    Adakah HTC mulai jatuh?

    Inb4,kalau Samsung buat video mengenai sejarah produk mereka, sudah pasti durasi videonya mengambil masa 12jam. Variasi Galaxy sahaja sudah berpuluh jenis.

  2. Kalau Samsung buat video, mesti diorang fokus kat produk2 power je. Dalam video ni pun bukannya semua device HTC dia tunjuk

    Apa pun, HTC memang sangat gempak dan berinovasi. Cuma mungkin kurang buat marketing, orang jarang beli fon HTC. FYI, saya jual fon. Belum keluar S4 orang dah tanya pasal S4. Orang tak tanya pun HTC One walaupun HTC One jauh lebih cantik drpd S4. Semuanya gara2 marketing Samsung yg ‘membasuh’ pemikiran orang.

Keseluruhan Komen
  1. Secara peribadi, saya amat suka melihat sejarah bidang teknologi, kemudian di-compile didalam sebuah video.

    HTC sememangnya gah dgn jenamanya, sebaris dgn jenama pesaing terdekat mereka, Samsung dan Sony. Sayangnya, “orang-orang kuat” yg membawa HTC di tempatnya sekarang sudah meninggalkan syarikat terbabit. Kouji Kodera,Leenard Hoornik, Elizabeth Griffin dan Eric Lin merupakan antara nama besar yg byk membantu HTC naik telah meninggalkan syarikat terbabit. Juga, HTC’s CEO juga berkata akan meninggalkan HTC jika produk mereka, HTC One tidak memberangsangkan.

    Adakah HTC mulai jatuh?

    Inb4,kalau Samsung buat video mengenai sejarah produk mereka, sudah pasti durasi videonya mengambil masa 12jam. Variasi Galaxy sahaja sudah berpuluh jenis.

    • Kalau Samsung buat video, mesti diorang fokus kat produk2 power je. Dalam video ni pun bukannya semua device HTC dia tunjuk

      Apa pun, HTC memang sangat gempak dan berinovasi. Cuma mungkin kurang buat marketing, orang jarang beli fon HTC. FYI, saya jual fon. Belum keluar S4 orang dah tanya pasal S4. Orang tak tanya pun HTC One walaupun HTC One jauh lebih cantik drpd S4. Semuanya gara2 marketing Samsung yg ‘membasuh’ pemikiran orang.

        • Apple punya durasi mungkin sederhana sahaja. Jenisnya mmg sedikit, tapi nak tunggu seorang-seorang ulas dengan backround putih duduk atas kerusi bar mengambil masa yg agak lama.

          • Haha.. yup teringat waktu apple memperkenalkan panorama shot. Cukup berjela ulasannya. Bagaikan tiada di phone lain :)

      • Mengenai video Samsung itu saya sengaja berjenaka, jangan pula diambil serius. Kalau betul Samsung nak tunjuk sejarah mereka yang sebenar termasuk anak-anak syarikatnya yg lain, mungkin ia mengambil masa yang sama dengan typical malay movie dekat wayang.

        Satu sahaja harapan saya terhadap HTC, tolonglah jangan jadi seperti Blackberry

        • HTC akan jadi senasib BlackBerry jika Samsung mula gunakan body aluminium nanti – sekarang S4 body plastik pun laris berpuluh2 juta.
          Macam itupun tak ada sesiapa yang mampu fikir kah?

        • hahahaa typical malay movie. crita sama tp byk variasi borink + meluat

        • Err…. Marsha, boleh tak jelaskan maksud kamu berkenaan “Satu sahaja harapan saya terhadap HTC, tolonglah jangan jadi seperti Blackberry”…?

          Setahu saya, prestasi perniagaan BB lebih stabil berbanding HTC. Dalam sudut populariti kepenggunaan pula, BB masih mempunyai tempat/kedudukan dalam beberapa region tertentu.

          Mungkin juga kamu nak sentuh berkenaan sudut lain seperti hal teknikal/rekabentuk/OS/UI…

    • Tak salah HTC dan Samsung tiru Apple, sebab dulu Apple cuma mahu buat komputer iMac – Kini Apple tiru O2 & HP buat smartphone, selepas ini tiru Samsung buat smartTV pulak.
      Semua inovasi berasaskan konsep tiru-meniru. Jadi tak perlu timbul soalan tiru Apple.

      • Yang cipta konsep tiru meniru dan patent mempatent adalah ***** sendiri.

      • 1. ‘Semua inovasi berasaskan konsep tiru-meniru.’ – Bolehkah kamu tunjukkan sumber rujukan dari mana kenyataan yang kamu ambil ni?

        2. Mungkin lebih konstruktif dalam diskusi ini, jika kamu jelaskan berkenaan hal inovasi pada perspektif bidang harta intelek, berbanding hanya cetuskan polemik antara jenama.

        • buat permulaan, cuba tonton filem “Pirates of Silicon Valley” yang mengisahkan tentang sejarah permulaan 2 individu paling berpengaruh dalam dunia IT. dari filem ini, saya percaya ‘inovasi’ ialah tiru-meniru.

          • Mungkin cadangan kamu untuk menonton movie tersebut, kelak mengakibatkan kefahaman sebenar mengenai general-info dalam hal inovasi akan lebih kabur/keliru dan menimbulkan rasa prejudis yang selektif. Ibarat orang buta cuba nak mengenal gajah.

  2. yg psal kamera tu aku x cya. nokia yg memperkenalkn camera terbaik lpas tu semua company try nk kalahkn pureview.

  3. Mmmm… Patutnya HTC pesaing utama iPhone… Tapi akhirnya samseng yg lebih popular plk… Lepas ni mesti Huawei pulak rampas tahta Samsung dgn smatfon android yg paling nipis di dunia dan metal body !

  4. golongan yg sentiasa follow up perkembangan dunia handphone hinggalah ke smartphone maybe kenal setiap model2 yg htc keluarkan saban tahun..htc ni dari dulu mmg marketing mcm kurang..dulu mcm ingat htc ni phone utk orang2 kaya or ahli korporat sbb harganya yg agak exclusive dan agak mahal..tp skg orang2 pertengahan pon dah mampu milik sbb htc kluarkan middle end model yg variety..cuma yg aku impressed dekat htc ni dari dulu sampai skg guna high quality build material..

  5. Selepas membaca semua komen diatas, maka sy akan membeli htc one pada tahun ini

Komen

Nama
Web