READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Huawei telah memperkenalkan telefon pintar bersaiz 6.1-inci pada awal tahun ini, dan kini melalui halaman Facebook mereka, Huawei berkongsi mengatakan mereka akan melancarkan peranti tersebut untuk pasaran Malaysia pada 30 Mei kelak.

Huawei Ascend Mate

Selain skrin bersaiz 6.1-inci, ia turut menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori 2GB RAM, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan turut didatangkan bersama-sama bateri berkapasiti 4050mAh.

Huawei Ascend Mate ini ditawarkan bersama-sama Android 4.1 Jelly Bean dan juga antaramuka khas Huawei dinamakan sebagai EmotionUI.

Harga jualannya berkemungkinan akan diumumkan ketika acara pelancarannya di Malaysia pada 30 Mei kelak.

Terdapat 14 komen
Komen Popular
  1. Rekaan model Huawei ini lebih menarik jika dibandingkan dengan kebanyakkan model Samsung.

  2. spec macam power tapi rasanya huawai kene letak harga murah laa, sbb itu jer caranya nak bagi laku. sbb brand huawei belum kuat lagi branding di malaysia

Keseluruhan Komen
  1. Gile lembap markerting huawei nie.. Dh lama announce br skrg nk start jual.. Nmpk sgt hp bkn main fokus diaorg..

    • die punya pasaran byk laku di sebelah barat sana. mungkin die lebih tumpukan promosi kat sana. org kita ni tgk jenama samsung,htc,sony,apple jer.. kebanyakkan la

      • Mmg huawei byk jual/tumpu blah sana, tp “flagship” diaorg ni yg dh sama2 announce ms ces jan lps, mate & d2 ni br nk jual, sebgi bandingan, xperia z yg sama2 announce ms ces tu dh start jual kt cni wlau kt bkn antara 1st market sony. Sbb tu aku ckp huawei nye markerting lembap.. Just my 2 cent tp bkn ckp kosong..

    • Hp china dah maju..aku pun pakai hp china mediatek 6577 rm 250 je.. Ada tv lagi

    • Spec gempaq tp kalo lmbt jual mcm mane nk curi market brand lain? siapa yg x sbr nk tggu mesti dh beralih kpd brand lain..

  2. spec macam power tapi rasanya huawai kene letak harga murah laa, sbb itu jer caranya nak bagi laku. sbb brand huawei belum kuat lagi branding di malaysia

  3. Rekaan model Huawei ini lebih menarik jika dibandingkan dengan kebanyakkan model Samsung.

  4. agak besar kapasiti bateri yang ditawarkan.harap dapat bertahan lama

  5. Tak lama lagi aku tengok Huawei akan dominasi gila2 pasaran mengalahkan Samsung dan Apple.

    - Kapasiti pengikangannya dah macam Samsung, malah mungkin melebihinya.
    - Saiz kompeni besar, malah antara pemegang paten yang tertinggi.
    - SoC pun kebelakangan ni rekaan sendiri. Foundry pun foundry sendiri
    - Bila tiba masanya, Huawei mampu bersaing dengan advantage yang tinggi (barangkali agak “kurang adil” kepada kompeni2 lain). Kompeni kat China, manufacturing pun di China, jimat kos dari segi logistik. Macam kompeni2 lain, walaupun assembly dibuat di China, tapi komponen datang dari pelbagai negara.
    - Peralatan untuk infrastruktur komunikasi pun sedia dijual oleh Huawei.

    Huawei ni tunggu masa je dia nak tapau semua kompeni lain.

    • Nk dominasi mcm mana, brg nye ntah bila nk jual, lmbt sgt kluar.. Hadoi..

    • Buatan China aje, tapi harga mahal lebihkurang macam Samsung….
      Adakah ini klon iPhone5 ? – Kalau jawapannya ‘ya’ , memang patut le mahal…
      Berbaloi kah Huawei yang jenama masih diragui ketahanannya / jenama terbitan baru.

      • Htc huawei sama je kualiti. Tak tahan lama. Mesti ada problem.

  6. salam… boleh tak pihak amanz buat review pasal huawei ascend y300? ok ke x fon tu? time kasih

Komen

Nama
Web