Cari @ Amanz

Opera SoftwareSetelah hadir dengan pelayar web Android berasaskan enjin Chromium, kini pihak Opera turut sama mengemaskini saluran beta mereka, dengan memperkenalkan Opera Next yang berasaskan enjin Chromium untuk Windows dan juga Mac.

Melalui versi Opera Next ini, pelayar web tersebut turut sama diberikan nafas baru dari segi rekabentuk, disamping mengekalkan elemen popular seperti Speed Dial dan lain-lain. Kotak carian dan URL juga digabungkan pada satu lokasi melalui fungsi yang dinamakan sebagai Smartbox, selain fungsi Discover untuk menemui pelbagai jenis kandungan pada web.

Dari segi enjin disebalik pelayar web ini, kini ia menggunakan enjin serupa dengan Chrome, sekaligus memudahkan mereka mengoptimasikan pelayar mereka untuk pelbagai laman web sedia ada.

Bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba versi beta untuk Opera 15, mungkin boleh memuat-turun Opera Next hari ini, dan menggunakannya pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd