READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Samsung Memperkenalkan Galaxy S4 Mini Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 30, 2013 oleh

Setelah pelbagai gambar dan spesfikasi tertiris ke arena web, hari ini Samsung secara rasminya mengumumkan telefon pintar Galaxy S4 versi “bajet”, iaitu Samsung Galaxy S4 Mini.

Samsung Galaxy S4 Mini

Samsung Galaxy S4 Mini membawakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, kamera belakang 8-megapixel, memori 1.5GB RAM, dan bateri berkapasiti 1900mAh. Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean dengan antaramuka TouchWiz.

Harga untuk peranti ini masih tidak diketahui, dan tarikh bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya.

Selain Galaxy S4 Mini, Samsung juga diperkatakan akan hadir dengan Galaxy S4 Active dan juga Galaxy S4 Zoom pada bulan Jun ini.

Terdapat 34 komen
Komen Popular
  1. Memang strategi sammy buat banyak smartphone, different sportphone for different people. Itu memang strategi mereka, berlainan dengan strategi kompeni-konpeni lain.

    Sesetengah pengguna tak menghiraukan specs dan juga mereka hanya mahukan phone yang bersaiz kecil dan harga berpatutan. S4 mini sesuai untuk mereka.

    Sesetengah pengguna tak menghiraukan specs dan mahukan screen besar untuk memudahkan melayari fesbuk. Galaxy Grand sesuai untuk mereka.

    Sesetengah pengguna mahukan stylus untuk membuat kerja yang berkaitan dalam bidang mereka. Galaxy Note untuk mereka.

    Seasetengah pengguna mahukan handphone spec tinggi, boleh main game smooth je dan semua sensor2 yang tak perlu. S4 sesuai untuk mereka.

    Setiap orang ada keperluan masing-masing. Kalau keperluan anda tak sama dengan mereka jangan la asyik nak kondem je.

    Cuma yang agak kecewa, cara marketing samsung, contohnya nama s4 mini agak misleading pada mereka yang tidak mengetahui. Sebab spec mini jauh beza dengan spec s4. Samsung juga tak berapa jaga smartphone yang bukan flagship mereka. Kalau bukan flagship susah nak dapat update bagai.

Keseluruhan Komen
    • Memang strategi sammy buat banyak smartphone, different sportphone for different people. Itu memang strategi mereka, berlainan dengan strategi kompeni-konpeni lain.

      Sesetengah pengguna tak menghiraukan specs dan juga mereka hanya mahukan phone yang bersaiz kecil dan harga berpatutan. S4 mini sesuai untuk mereka.

      Sesetengah pengguna tak menghiraukan specs dan mahukan screen besar untuk memudahkan melayari fesbuk. Galaxy Grand sesuai untuk mereka.

      Sesetengah pengguna mahukan stylus untuk membuat kerja yang berkaitan dalam bidang mereka. Galaxy Note untuk mereka.

      Seasetengah pengguna mahukan handphone spec tinggi, boleh main game smooth je dan semua sensor2 yang tak perlu. S4 sesuai untuk mereka.

      Setiap orang ada keperluan masing-masing. Kalau keperluan anda tak sama dengan mereka jangan la asyik nak kondem je.

      Cuma yang agak kecewa, cara marketing samsung, contohnya nama s4 mini agak misleading pada mereka yang tidak mengetahui. Sebab spec mini jauh beza dengan spec s4. Samsung juga tak berapa jaga smartphone yang bukan flagship mereka. Kalau bukan flagship susah nak dapat update bagai.

    • Selalunya Galaxy S3, S4 Mini berbaloi juga dibeli selain harga murah, specs amat berpatutan dan memang tak rugi dibeli, contohnya; iPad Mini buatan Apple pun ikut cara pasaran Samsung – pasti berbaloi dibeli kerana tetap menawan dan memuaskan hati.

    • Mungkin komponen high end tak boleh nak muatkan dalam phone yang lebih kecil..

      Komponen high end banyak gunakan bateri..so kalau nak balancekan bateri dan power consumption,manufacturer macam Samsung terpaksa buat phone saiz besar..

      Maybe this is one of the reason S4 mini uses mid spec components.

  1. erk ? 1.9Ghz ? 1.7Ghz dual core. -.- 1.9-megapixel HD front-facing camera -.-

  2. Bijak ah samsung. Di kala orang yang teringin nak pakai S4, tapi tak mampu. Diorang dah standby versi bajet. Syiok. Macam S3 mini. Sampai sekarang aku sgt puas hati dgn s3 mini ni. S4 mini bapelah price agaknya. Harap2 tak terlampau mahal sampai sama harga dgn s3 yg bukan mini.

  3. Secara peribadi, penghasilan Mini ini dapat memaksimumkan kepuasan kerana dari keluarga dan saudara saya sendiri menggunakan Mini lebih kerap berbanding telefon yang lain. Samsung memang tidak silap dalam membuat sesuatu produk dan mereka tahu siapakah target mereka sebelum membuat sesuatu produk.

    Idea Mini ini amat berjaya dan berbaloi jika dibeli.

    Mengikut cita-rasa masing-masing.

  4. actually, spec ni bole kata nice. 1.9MP depan ke 1.9Ghz? Rase 1.7Ghz
    versi lte juga ade nanti. 2gb ram

  5. agak2 harga dia berapa? RM800 boleh dapat ke? Atau seribu ke atas. Aku hanya consider budget kalau phone tu bawah seribu.

  6. SONY XPERIA SP VS SAMSUNG GALAXY S4 MINI
    1.7GHZ DUAL CORE vs 1.9GHz dual core
    1GB RAM VS 1.5GB RAM
    Adreno GPU vs unknown gpu
    2370MAH battery vs 1900MAH battery
    8MP rear camera with xmor rs vs 8mp rear camera
    1280×720 vs 960×540

  7. gile gempak siot,
    korang rase ade tak iphone 6 mini.Konsep iphone 6 dah kluar kat youtube

  8. alahai samsung3….bnyk sgt keluar produk…org sampai xterkejar beb……pakai beberapa bulan dah keluar yg lain….

    • betul tu…seksa rasanye. kalau nak harganye jd murah kena tunggu hampir setahun. tp lepas tu kuar plak hp lg bagus. apelah samsung ni.

  9. dah macam playstation samsung ni.. lpas kuar saiz besar, kuar kecik pulak.

  10. sy suka samsung ni tp sy penggemar sony. harap sony boleh tiru samsung dr segi marketing. lagipun x salah tiru stail hp samsung sbb samsung pun tiru spec hp lain sampai kena saman.hehehe

Komen

Nama
Web