Cari @ Amanz

Setelah pelbagai gambar dan spesfikasi tertiris ke arena web, hari ini Samsung secara rasminya mengumumkan telefon pintar Galaxy S4 versi “bajet”, iaitu Samsung Galaxy S4 Mini.

Samsung Galaxy S4 Mini

Samsung Galaxy S4 Mini membawakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, kamera belakang 8-megapixel, memori 1.5GB RAM, dan bateri berkapasiti 1900mAh. Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean dengan antaramuka TouchWiz.

Harga untuk peranti ini masih tidak diketahui, dan tarikh bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya.

Selain Galaxy S4 Mini, Samsung juga diperkatakan akan hadir dengan Galaxy S4 Active dan juga Galaxy S4 Zoom pada bulan Jun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd