Cari @ Amanz

Skype sedia menyediakan sokongan panggilan video melalui perkhidmatan mereka, dan terkini Skype turut sama menambah sebuah sokongan baru untuk pengguna klien Windows, iaitu kebolehan untuk menghantar mesej dalam bentuk video.

Skype Video Messaging

Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk menghantar sesuatu mesej ringkas dalam bentuk video, sekaligus membolehkan penerima mendapat mesej tersebut apabila mereka online.

Skype mengatakan ia akan diperkenalkan untuk pengguna Windows 8 dan juga Windows Phone 8 tidak lama lagi. Fungsi ini telah sedia dalam ujian untuk Mac, iPhone, iPad dan juga Android.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun versi beta terkini Skype untuk Windows, dan mencubanya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd