READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sony Mengumumkan Xperia ZR Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 13, 2013 oleh

Dengan kelebihan Sony pada peranti yang tahan lasak dan kalis-air, kini Sony mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xperia ZR. Telefon pintar Android ini membawakan skrin bersaiz 4.6-inci dengan paparan 720p.

Xperia ZR

Daripada apa yang dikongsikan pihak Sony, peranti ini membolehkan pengguna untuk merakam video dalam bentuk HD walaupun ketika didalam air (sehingga 1.5 meter dalam). Kamera 13-megapixel yang didatangkan bersama dengannya turut menyokong rakaman dalam bentuk HDR, serta dilengkapi sensor Exmor RS.

Dari segi spesifikasi lain, ia menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 2GB RAM, sokongan LTE, dan juga NFC.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan tiba ke pasaran Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.

Terdapat 23 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. nak angkat Xperia Z @ ZL, besar sgt.
    last kali decide dan dah angkat Nexus 4 baru je tadi.
    tiba2 kuar berita ni. 4.6inch je kut, spec cun, fit 1 tangan tu.
    Dugaan, dugaan.

  2. amanz… pakcik bukak website sony die kate 1.5meter je…. mane betul ni?

    • *In compliance with IP55 and IP58, Xperia™ ZR is protected against the ingress of dust and is waterproof. Provided that all ports and covers are firmly closed, the phone is (i) protected against low pressure jets of water from all practicable directions in compliance with IP 55; and/or (ii) can be kept under 1.50 metre of freshwater for up to 30 minutes in compliance with IP 58.

    • fuyoooo…panjngnye..igtkan saiz 4.6inci jer…hahaha

  3. wow..ip58,tu maknany boleh rendam dlm air lbih dr 1 meter,berbanding xperia z cuma ip57,dlm bab water resistent punya smartphone,sony mmg paling expert :D

  4. Dah macam yamaha pulak sony ni..

    125 Z, 125 ZR

    Xperia Z, Xperia ZR

    • Pasnie nk kuar versi VR46 lak yg GO!!!!!!!!…katanya!!!

    • Selagi SONY tak iklan macam Safee Yang Menunggang tu tak apa lah.

    • dua2 dri jepun kan sony ngan yamaha. . experia 125zr. . haha.

  5. salam..nk tanye sket..kt mane ade jual xperia zl yg lte 4g punyer??

  6. Fuiyooo….ini baru dinamakan inovasi, samsu…erk silap, sony lah perintis inovasi yang sebenar, memang gempak

  7. samsung xde ke yg bole masuk dlm air, kalau ade nk beli

  8. Maknanyer, utk air tawar je la…Air masin x boley la yer…Susah betul nak decide smartphone mane patut bli, bru je decide, kluar fon baru….Tunggu Sony Honami baru tau… :-)

  9. Nampak menarik super fast performance, di malaysia dah ada pun….tnggu nk angkat jer….4.6inci..quad core 1.5..2 gb ram…adreno 320…fuyyoo

Komen

Nama
Web