Cari @ Amanz

Setelah persinggahan Transit On Tour di Pulau Pinang, pada hari Ahad yang lepas, ia telah tiba ke Kelantan, menyaksikan dua buah projek daripada Kelantan dipertontonkan, iaitu Black Revolver dan juga e-Gamelan.

ToT - Kelantan

Black Revolver – Startup ini memperlihatkan aplikasi komik digital yang membawakan tajuk Hikayat Epik Nusantara (seperti Hikayat Merong Mahawangsa). Meskipun ia masih diperingkat asas, tetapi memandangkan mereka masih belajar pada trimester ketiga, niat untuk membawakan karya berbentuk hikayat ke pasaran antarabangsa harus dipuji.

egamelan

E-Gamelan – Startup ini memperlihatkan aplikasi bermain Gamelan secara interaktif untuk platform iOS. Pengguna boleh memilih alat gamelan yang ingin dimainkan dan mengikuti tutorial untuk mendendangkan lagu gamelan tradisi. Terdapat juga fungsi untuk menggubah lagu gamelan tersendiri membolehkan ianya dimainkan semula.

grouptt

Aktiviti Transit On Tour yang seterusnya akan diadakan pada 31 Mei di Cyberjaya untuk startup daripada Melaka dan Johor Bahru dan kawasan sekitar Lembah Klang.

Jadi apa pendapat anda dengan startup dari Kelantan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd