Cari @ Amanz

Lima bulan pertama berlalu tanpa sebarang pengumuman produk baru daripada pihak Apple. Perkara ini membuatkan ramai yang menantikan apakah yang akan dibawakan oleh mereka pada WWDC bulan Jun ini. Selain daripada itu, beberapa ura-ura turut hadir mengatakan Apple akan hadir dengan iPad berskrin besar pada tahun hadapan.

Daripada laporan baru yang kedengaran, ia dikatakan Apple sedang bersedia dengan tablet bersaiz sekitar 12.9-inci, dan membawakan paparan resolusi tinggi melaluinya. Mengikut apa yang diperkatakan tablet bersaiz besar ini mungkin akan lebih difokuskan kepada arena pendidikan dan digunakan sebagai ganti kepada buku teks.

Namun, ia masih tidak diketahui sama ada desas-desus ini benar atau sebaliknya. Bagi kami sendiri, saiz iPad sedia ada amat sesuai, malah lebih ramai yang meminati iPad Mini yang selesa untuk dipegang pada tangan berbanding iPad bersaiz 9.7-inci.

Jadi, mungkinkah pihak Apple hadir dengan iPad bersaiz besar pada awal tahun hadapan, atau ia hanya sekadar ura-ura yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd