Cari @ Amanz

Selepas semalam kita melihat Microsoft pada BUILD 2013 mengumumkan Flipboard dan Facebook akan hadir dalam bentuk aplikasi khas untuk Windows 8, kini, hari ini mereka turut berkongsi mengenai aplikasi FourSquare yang turut akan hadir ke Windows 8.

FourSquare Windows 8

Dengan lebih ramai pengeluar hadir dengan tablet berasaskan Windows 8, perkara ini mungkin akan menguntungkan para pengguna, sekaligus membolehkan pengguna FourSquare turut mengakses perkhidmatan tersebut melalui lebih banyak platform.

Selain FourSquare, Microsoft turut berkongsi aplikasi Yelp dan juga Songza turut sama akan hadir ke sistem operasi tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd