Cari @ Amanz

Seperti dinantikan ramai, hari ini, pihak Apple secara rasminya telah pun mengumumkan sistem operasi untuk peranti mudah-alih, iaitu iOS 7. Sinonim dengan Apple, iOS 7 kelihatan mengekalkan ciri-ciri minimalis, dan turut didatangkan dengan rekabentuk yang baru.

iOS 7

Gambar Latar

Salah satu perkara yang didatangkan oleh Apple bersama-sama dengan iOS 7 adalah sokongan paparan parallax, membolehkan pengguna melihat gambar latar mengikut kedudukan peranti mereka, sementara ikon dan sebagainya dipaparkan seperti biasa.

iOS 7

iOS 7

Aplikasi Cuaca

iOS 7

iOS 7

Aplikasi Kalendar

iOS 7

Permesejan

Selain daripada membawakan antaramuka yang baru, pihak Apple juga turut sama mengintegrasikan sokongan gesture membolehkan pengguna mengakses mesej dan membalasnya dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

iOS 7

Control Centre

Sokongan baru dinamakan sebagai Control Centre diperkenalkan oleh Apple pada iOS 7, membolehkan pengguna mengakses beberapa sokongan dan tetapan utama dengan meleretkan tetingkap khas dari bawah.

iOS 7

iOS 7

Multi-Tasking

Pada sokongan multi-tasking, kini Apple selain hanya memaparkan ikon, Apple turut memaparkan tetingkap kecil, memudahkan pengguna untuk menguruskan aplikasi dengan mudah.

Apple turut sama mengatakan kini semua aplikasi berjalan pada latar, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan semasa dengan mudah, tanpa perlu mengemaskini secara manual seperti sebelumnya.

iOS 7

iOS 7

Safari

Pelayar web mudah-alih iOS juga turut diberikan nafas baru, dimana selain antaramuka baru, ia turut membawakan sokongan paparan tab yang serba baru, disamping kebolehan membuat carian dengan lebih pantas menggunakannya.

Camera

Aplikasi kamera turut sama dikemaskini, dimana membawakan empat mod berbeza, iaitu video, gambar, Square (gambar dalam bentuk empat-segi sama), dan juga Panorama.

Sokongan menambah filter turut sama diintegrasikan, membolehkan pengguna menambah filter sebelum berkongsi kepada rakan-rakan mereka.

iOS 7

iOS 7

Photos

Aplikasi Photos turut diberikan nafas baru, dimana kini gambar disusun dengan lebih baik, serta beberapa data seperti lokasi gambar diambil dan sebagainya turut disertakan.

iOS 7

iOS 7

Siri

Siri diberikan kemaskini antaramuka, disamping pada masa yang sama kini membawakan audio yang lebih mesra dan tidak begitu robotik seperti sebelumnya.

Disamping itu, beberapa perkhidmatan baru turut didatangkan bersama-sama Siri pada iOS 7, termasuk integrasi Wikipedia, Twitter, malah turut sama menawarkan sokongan kepada beberapa tetapan dalam peranti.

iOS 7

iOS 7

AppStore

Beberapa kategori baru ditambah pada AppStore, membolehkan pengguna untuk melihat aplikasi berdasarkan kepada umur, lokasi dan sebagainya.

Disamping itu, kini aplikasi iOS dikemaskini secara automatik, maka anda tidak lagi perlu melihat notifikasi dan melakukannya secara manual.

………

Beberapa fungsi baru lain turut disertakan bersama-sama dengan iOS 7 ini, dan akan diperkenalkan kepada para pengguna pada tahun ini. iOS 7 menyokong iPhone 4 dan terbaru, iPod Touch 5G dan terbaru, iPad Mini serta juga iPad 2 dan terbaru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd