Carian
Aplikasi InstaB Kini Hadir Dengan Sokongan Rakaman Video
June 20, 2013 Aman

Pada bulan Mac yang lepas, salah seorang pembangun tempatan telah hadir dengan sebuah aplikasi yang boleh dikatakan sebagai “Instagram untuk Bayi”, yang dikenali sebagai InstaB. Selepas hanya menawarkan rakaman gambar sahaja melaluinya, kini pembangunnya mengemaskini aplikasi berkenaan dengan sokongan video.

InstaB for BAby

Menggunakannya, pengguna boleh merakamkan video sekitar 6 saat, seumpama Vine, dan kemudiannya menambah skin pilihan anda yang membolehkan anda menyertakan beberapa maklumat menarik untuk disimpan bersama-sama dengan video berkenaan.

Perkara ini sekaligus membolehkan para penggunanya untuk menyimpan memori mereka bukan sahaja dalam bentuk gambar, tetapi dalam bentuk video interaktif. Bagi para pengguna peranti iOS yang berminat, boleh memuat-turun InstaB dari AppStore hari ini.

Komen