Maxis sebelum ini telah memperkenalkan rangkaian 4G LTE pada awal tahun di beberapa kawasan terhad sekitar Lembah Klang, dan kini hari ini, mereka mengumumkan peluasan perkhidmatan mereka, dimana selain daripada Johor, Pulau Pinang, ia juga turut diperluaskan ke Kota Kinabalu dan juga Kuching.
Di Lembah Klang sahaja, ia telah diperluaskan ke beberapa lokasi utama lain, termasuk Bukit Damansara, Kepong, Sungai Besi, Sentul, dan juga Subang Jaya.
Menurut Maxis, buat masa ini, lebih kurang 130,000 pelanggan mereka sedang menikmati rangkaian 4G LTE, dan meraka akan terus memperluaskan rangkaian mereka ke lebih banyak loaksi dari hari ke hari.
Melalui rangkaian Maxis 4G LTE, ia menawarkan kelajuan muat-turun antara 5 hingga 10 kali ganda berbanding rangkaian 3G. Sebelum ini, pada awal hari ini, Maxis turut sama telah memulakan tawaran peranti Galaxy S4 LTE di Malaysia melalui pelan dan pakej khas daripada mereka.