Cari @ Amanz

Pihak Apple hari ini telah mengemaskini halaman sokongan rangkaian LTE untuk iPhone mereka, dimana turut menyenaraikan Celcom sebagai penyedia sokongan LTE untuk iPhone, selain daripada Maxis yang telah memperkenalkannya beberapa bulan sebelum ini.

Perkara ini sekaligus menjadikan pihak Celcom akan menawarkan rangkaian LTE pada frekuensi 1800MHz di Malaysia. Beberapa pengguna tempatan telah pun mula menerima kemaskini firmware, sekaligus membolehkan mereka menggunakan rangkaian LTE pada peranti mereka.

Jadi, bagi anda yang menggunakan peranti iPhone 5 dan rangkaian Celcom, mungkin boleh menyemak kemaskini pada peranti anda, dan mula menikmati talian internet pada kelajuan tinggi melalui peranti anda. Selain pengguna iPhone, mereka yang melanggan pakej data untuk iPad dan juga iPad Mini melalui Celcom turut boleh menyemak kemaskini pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd