READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Selepas pelbagai ura-ura berkaitan Samsung Galaxy S4 Active, hari ini, gergasi dari Korea Selatan tersebut memperkenalkan peranti Galaxy S4 Active secara rasmi, dan berkongsi spesifikasi penuh yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S4 Active

Samsung Galaxy S4 Active memfokuskan kepada kalis air dan debu (IP67). Perkara ini dijayakan oleh rekabentuk yang menutup pelbagai ruangan, membolehkan peranti tersebut dilindungi didalam air sehingga 1 meter selama 30 minit. Peranti ini turut sama didatangkan dengan sokongan audio jack yang kalis air, serta membolehkan pengguna merakamkan gambar didalam air.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S4 Active membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz dengan sokongan LTE, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean. Peranti ini turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh bersama-sama dengannya.

Peranti ini akan ditawarkan di beberapa buah negara terpilih, dan ditawarkan dalam warna kelabu, biru dan juga jingga.

Samsung Galaxy S4 Active

Terdapat 32 komen
Komen Popular
  1. Nanti samsungfag tetap akan beli screen pretector dengan flip casing KEH KEH KEH!

Keseluruhan Komen
  1. Menarik… Bakal memberi saingan kepada smartphone2 yang seumpamanya…

  2. nape 4teras je,bukan s4 8-teras ke?? kamera lak bkan 13mp ke spatotnye….warghhhh~_~

    • Penjelasan, s4 ada dua variant s4 exynoss, dgn s4 snapdragon. Yang snapdragon tu 4 teras. Ni s4 rugby, takde varint exynoss chip dengan kamera yang kurang sket, tapi kalis air dan debu. Sejujurnya aku rasa s4 asal lagi bagus tapi buat mungkin ada orang yang lebih valuekan kalis air dan debu daripada kamera, mungkin dorang suka rugby.

  3. Nanti samsungfag tetap akan beli screen pretector dengan flip casing KEH KEH KEH!

  4. Galaxy S4 Active – Untuk Gaya Hidup Aktif
    Galaxy S4 – Untuk Gaya Hidup Pasif (barangkali?)

    • Bagaimana pula dengan htc one dan galaxy s4 versi google edition? Lebih cool bukan

  5. ni pandangan aku la, design yg s4 active ni x cantik la.. nampak macam ada “skru”.. hah?? tp spec okay.. samsung kena training sikit-2 eh pasal design. haha =,=

  6. Untuk niche market. Kalau suka masuk hutan, masuk air, boleh lah guna phone ni. Aku dah try dengan HTC One, mati semalam, mujur hidup balik.

  7. Tak boleh lawan Sony lagi. Sony kan Raja telefon pintar kalis air dan debu.

  8. S4 Active katanya “S4 rugged version” tpi kalau jatuh, retak jugak screen tu

  9. Samsung: Satu model phone baru setiap bulan (walaupun specs cuma bump setiap tahun jer)

  10. design ada sikit upgrade tp kecewa dgn camera 8mp tu.. lebih berbaloi kalau pilih xperia v.. dan tak sesuai guna “active” kalau takde daya tahan mcm xperia active.. apapun,good job samsung.

Komen

Nama
Web