Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Mega telah diperkenalkan pada bulan April yang lepas, dan kini pihak SenHeng telah mula menawarkan peranti tersebut di pasaran Malaysia, dimana versi 6.3-inci dijual pada harga RM1599.

Samsung Galaxy Mega 6.3

Samsung Galaxy Mega 6.3 ini di datangkan dengan skrin bersaiz 6.3-inci, dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, Android 4.2.2 Jelly Bean, serta didatangkan dengan sokongan LTE tersedia. Ia turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 1.9-megapixel bersama-sama dengannya.

Selain SenHeng, beberapa pengedar yang lain telah turut sama memulakan jualan peranti ini pada harga lebih kurang sama, namun pihak SenHeng menawarkan tawaran bersama-sama dengan Pakej Komunikasi Belia, yang membolehkan pengguna mendapat rebat sehingga RM200.

Samsung Galaxy Mega

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd