Cari @ Amanz

Setelah pihak Razer mengumumkan siri komputer riba mereka sebelum ini, hari ini mengambil tempat di E3, pihak Alienware memperlihatkan siri komputer riba mereka yang didatangkan dalam tiga variasi.

Alienware

Masing-masing dinamakan sebagai Alienware 14, Alienware 17 dan juga Alienware 18, serta dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru daripada Intel.

Alienware 14 hadir dengan skrin bersaiz 14-inci (anti-glare), serta dilengkapi dengan NVIDIA GT 765M beserta 2GB GDDR5, ruangan storan 750GB, dan juga slot untuk DVD. Berharga bermula RM4999 di Malaysia.

Alienware 17 pula membawakan skrin bersaiz 17.3-inci (anti-glare), dilengkapi NVIDIA GeForce GTX 770M beserta 3GB GDDR5, dan dilengkapi dengan spesifikasi sama lain menyerupai Alienware 14. Berharga bermula RM6999 di Malaysia.

Alienware 18 pula membawakan skrin PLS bersazi 18.4-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, dilengkapi dengan dua kad video GeForce GTX 765M pada tetapan SLI, dan spesifikasi asas seperti yang lain.

Pihak Alienware juga bakal mengadakan acara media mereka di Malaysia pada hari Khamis ini, berkemungkinan memperkenalkan siri komputer yang sama untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd