Sony hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini Android 4.2.2 Jelly Bean untuk para telefon pintar Xperia ZL, sekaligus menyertakan beberapa kemaskini fungsi baru bersama-sama dengannya.
Bersama-sama dengannya, kini Xperia ZL turut sama membawakan sokongan widget pada lockscreen, selain turut membawakan beberapa kemaskini yang lain. Ia turut dikatakan kini Xperia ZL turut menyokong ruangan kad mikro-SD sehingga saiz 64GB, sekaligus membolehkan para pengguna untuk membawa lebih banyak fail bersama-sama dengan peranti mereka.
Bagi para pengguna Xperia ZL, boleh menyemak kemaskini Android 4.2.2 mereka melalui Sony PC Companion, dan ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.