Carian
Sony Xperia Z Ultra Diumumkan Dengan Skrin Bersaiz 6.4-inci
June 25, 2013 Aman

Setelah pelbagai ura-ura mengenai phablet Sony kedengaran sebelum ini, hari ini secara rasminya pihak Sony mengumumkan telefon pintar dengan skrin bersaiz 6.4-inci mereka, dinamakan sebagai Xperia Z Ultra.

Seperti beberapa peranti dipasaran, ia turut membawakan skrin dengan paparan 1080p, selain turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, memori sebesar 2GB RAM, dan juga cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800 2.2GHz. Peranti ini turut dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean, dan antaramuka khas daripada Sony.

Xperia Z Ultra

Phablet yang boleh dikatakan agak nipis ini turut sama menyertakan kamera bersaiz 8-megapixel bersama-sama dengannya. Ciri-ciri ikonik Sony, seperti kalis air, debu serta rekabentuk butang kuasa seperti pada beberapa peranti lain turut dikekalkan pada Xperia Z Ultra ini.

Telefon pintar ini ditawarkan dalam tiga warna, iaitu hitam, putih dan juga ungu dan akan ditawarkan di pasaran global bermula suku ketiga tahun 2013 ini.

Komen