READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Umum mungkin sedia maklum akan mengenai Surface Pro yang akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula hari Jumaat ini, 7 Jun. Hari ini, pihak Microsoft Malaysia telah pun berkongsi maklumat mengenai harga peranti tersebut, dimana versi 64GB akan ditawarkan pada harga RM2749, manakala versi 128GB akan ditawarkan pada harga RM3049.

Dijana menggunakan Intel Core i5Berbeza dengan Surface RT, versi Pro membawakan sokongan Windows 8 sepenuhnya, membolehkan para pengguna menggunakan fungsi desktop sepenuhnya, disamping memasang aplikasi dan perisian pihak ketiga dengan mudah.

Selain daripada itu, Surface Pro juga turut sama didatangkan bersama-sama Surface Pen, membolehkan para pengguna menggunakan stylus tersebut untuk tujuan mengambil nota, melakar dan sebagainya.

Pengguna juga turut sama boleh mendapatkan Touch Cover pada harga RM379 dan juga Type Cover pada harga RM409 dengan pembelian Surface Pro ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Surface Pro daripada Challenger Malaysia, Harvey Norman, Thunder Match dan juga SNS Network (lokasi terpilih), bermula 7 Jun ini.

Terdapat 22 komen
Komen Popular
  1. xreti beza ke bang.. PC buat lah main game.. Tab nie untuk wat kerja outdoor..

  2. Ok la harga dia untuk specs yang ditawarkan,

    - Core i5
    - Full Windows 8
    - Skrin tajam
    - Binaan pun logam
    - Siap dengan stylus Wacom lagi

    Kalau korang nak compare dengan Galaxy Note 10.1 yang plastik tu, tak dapat la den nak nolong.

Keseluruhan Komen
    • “Pengguna juga turut sama boleh mendapatkan Touch Cover pada harga RM379 dan juga Type Cover pada harga RM409 dengan pembelian Surface Pro ini.”

      • Jangan marah saye (kepada yang downrank tu lah).

        Waktu saya tulis dia atas, Amanz tak bagitau pun harga samada bersama atau berasingan, malah harga cover pun tak bagitau lagi.

        Sedihnya saye… :-(

        • Orang tidak marah pada anda. Yang buat orang marah adalah apabila penulisan anda seperti update sesuatu di fb dengan bahasa “sila like kalau sokong A, komen kalau sokong B”.

          • Errr, ada ke aku tulis sedemikian di atas? Penat aku garu kepala ni.

      • Ok la harga dia untuk specs yang ditawarkan,

        - Core i5
        - Full Windows 8
        - Skrin tajam
        - Binaan pun logam
        - Siap dengan stylus Wacom lagi

        Kalau korang nak compare dengan Galaxy Note 10.1 yang plastik tu, tak dapat la den nak nolong.

        • compare ngan note watpa android ngan pc kan lain legasi
          lgipun dgn hrga cm2 + cover rsanya agk mhal, klu bgi cover free tu lainla

          • It does matter. Orang beli PC, at least laptop, untuk menjalankan perisian2 produktiviti. Terutamanya untuk menampung keperluan pasaran education dan pekerjaan.

            Jika ada yang boleh buat kerja koloborasi, assignment, photoshop, CAD, dan print di atas tablet Android mereka secara terus, Microsoft pun takkan bother nak keluarkan tablet Surface nih.

            The thing is, ia memenuhi kehendak pasaran yang berbeza, yang juga agak besar. Tapi ramai yang tak dapat mengenepikan sentimen “tablet perlu lah murah”, sebab tu mereka mengatakan yang Surface Pro ni mahal.

            Hakikatnya:
            - Tablet berpena seperti Note 10.1, walaupun relatively berasaskan underpowered hardware serta bersistem operasi Android, pun berharga RM2200 di awal pengenalannya. Tak ada orang nak komen.
            - Surface Pro ni dah la komputer Windows sebenar. Boleh install Photoshop, Sketchbook, games, dsb. Tapi, jual harga RM2749 pun orang masih nak komplen.

    • Yay, build PC sendiri siap dengan stylus Wacom,
      lepas tu siap boleh bawak jalan-jalan.

      Memang logik yang mantop.

    • xreti beza ke bang.. PC buat lah main game.. Tab nie untuk wat kerja outdoor..

    • Kalau anda boleh memberikan model tablet produktiviti yang boleh guna pen wacom, Photoshop CS atau AutoCAD versi penuh, pada harga yang lebih murah, silakan.

      Atau kamu masih nak compare tablet ni dengan Galaxy Note, eh?

    • Soklan yg sama aku tnya kt brader kedai PC time nk tukar keyboard netbook wife aku..”Bakpe mahal sangat, keyboard je ekpung sampai RM180..”

    • window mana cukup 16GB bang. 32GB pun tak cukup lagi nak run standart kilang punya program tanpa sebarang penambahan.

  1. surface pro …kalo plus dgn keyboard dah boleh beli macbook air…

    Pening pikir nak amik mana satu nih…

    • Specs-wise, Surface Pro punya skrin lebih tajam.

      Siap ada touchscreen dan pen input lagi.

Komen

Nama
Web