Cari @ Amanz

Spekulasi berkenaan dengan iPhone versi bajet bukanlah sesuatu yang baru. Ia dikatakan akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi, dan mengikut ura-ura baru, ia kelihatan mungkin dikenali sebagai iPhone 5C.

iPhone 5C

Spekulasi mengenai nama ini hadir dengan sebuah gambar kotak bungkusan iPhone yang dimuat-naik ke internet, memperlihatkan bungkusan dengan nama iPhone 5C. Semestinya, ia tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah milik Apple, ataupun hanya bungkusan untuk peranti seumpama “iPhone” yang dikeluarkan oleh syarikat di China.

iPhone bajet sebelum ini telah dikatakan akan hadir dalam pilihan beberapa warna, dengan spesifikasi rendah dan ditawarkan pada harga yang lebih mampu, serta memfokuskan kepada negara-negara membangun. Apple dijangka akan memperkenalkan peranti ini bersama-sama telefon pintar iPhone generasi baru pada tahun ini.

Jadi, adakah ia akan dikenali dengan nama iPhone 5C?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd