Cari @ Amanz

Pengguna Android sedia tersedia dengan sokongan kawalan pantas untuk mematikan dan menghidupkan beberapa fungsi. Namun, sekiranya anda inginkan paparan seumpama pada iOS 7, kini aplikasi Control Center mampu membantu anda.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh mengakses ke beberapa kawalan pantas, termasuk mengawal Brightness, Volume, WiFi, sokongan data 3G, Bluetooth, orientasi skrin, dan sebagainya menggunakan ia.

Pengguna juga boleh mengakses beberapa aplikasi dengan pantas, termasuk kamera, alarm dan juga kalkulator melaluinya.

Control Center

Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu memasangnya, dan membuat tetapan untuk mengakses Control Center.

Walaupun ia menawarkan fungsi seumpama iOS 7, namun, dari percubaan kami, ia tidak kelihatan begitu menarik, dan kami lebih menyukai akan paparan asal pada Android, selain mana sokongan widget yang membolehkan beberapa perkara utama dikawal melaluinya.

Apa pun, sekiranya anda ingin bermain-main dengannya, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Control Center ini secara percuma dari Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd