Carian
Telekom Malaysia Melancarkan HyppTV Everywhere Dan HyppTV Untuk Streamyx
July 29, 2013 Aman

Bagi yang mengikuti perkembangan HyppTV, mungkin sedia maklum akan mengenai aplikasi HyppTV yang sedia diterbitkan untuk Android dan juga iOS. Hari ini, mengambil pentas utama, pihak Telekom Malaysia melancarkan secara rasmi perkhidmatan tersebut, dikenali sebagai HyppTV Everywhere, selain pada masa yang sama mengumumkan HyppTV untuk Streamyx.

Pelancaran HyppTV Everywhere

HyppTV Everywhere hadir dalam bentuk aplikasi untuk para pengguna Android dan juga iOS, membolehkan mereka mengikuti pelbagai rancangan yang digemari mereka terus pada telefon pintar dan juga tablet. Ia ditawarkan sebagai salah satu perkhidmatan tambahan kepada para pelanggan Unifi dan juga Streamyx (4Mbps & 8Mbps) sedia ada. Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan ini dikehendaki membayar sebanyak RM5 sebulan untuk dua peranti, atau RM10 untuk akses pada 5 peranti. Namun, sebagai pengenalan, pihak Telekom Malaysia menawarkan ia secara percuma untuk pelanggan sedia ada bermula 1 Ogos sehingga 30 September kelak.

HyppTV Android

HyppTV untuk Streamyx pula disediakan sebagai perkhidmatan tambahan percuma untuk pelanggan Streamyx 8Mbps, dimana ia akan hadir sebagai perkhidmatan tiga serangkai suara, internet dan IPTV pada langganan RM160 sebulan, manakala untuk pengguna Streamyx 4Mbps pula, mereka dikehendaki melanggannya pada harga tambahan RM30 sebulan dengan 17 saluran percuma (dengan pilihan langganan pek HyppTV).

Pada hari ini, HyppTV sedia mempunyai sejumlah 109 saluran dengan lebih kurang 27 saluran yang ditawarkan dalam bentuk HD.

Komen