Cari @ Amanz

Hari ini, Apple telah pun menerbitkan iOS 7 Beta 4 kepada para pembangun, sekaligus membawakan beberapa penambahan kepada versi ujian beta untuk platform iOS 7 yang dijangka akan diperkenalkan kepada umum sekitar bulan September kelak.

Melalui iOS 7 Beta 4 ini, ia menyertakan beberapa kemaskini baru, termasuk kemaskini pada skrin kunci (lockscreen), sokongan carian Spotlight, dialer, grafik pada Safari dan beberapa yang lain.

Mungkin kita akan dapat melihat pelbagai kemaskini yang disertakan bersama-sama dengan iOS 7 Beta 4 dalam beberapa hari lagi. Seperti biasa, mereka yang menggunakan iOS 7 Beta boleh mengemaskininya melalui OTA bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd