Cari @ Amanz

AltelMungkin ramai sedia mengenali akan mengenali salah satu syarikat telekomunikasi baru dibawah Puncak Semangat – dikenali dengan nama Altel. Kini, setelah membuat pengumuman kerjasama dengan pihak Celcom baru-baru ini, kelihatan pihak Altel turut sama telah mengemaskini halaman web mereka, memperlihatkan tawaran yang akan dibawakan oleh mereka.

Melalui laman Altel, mereka mengatakan akan memperkenalkan perkhidmatan mereka secara berperingkat, dimana akan menyertakan beberapa tawaran, termasuk kadar panggilan domestik yang menarik, sokongan rangkaian LTE, serta sambungan jalur-lebar internet pada harga bermula RM15. Kad-SIM Altel pula dijangka akan mula dijual pada harga bermula RM7.

Altel - Tawaran dan Promosi

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan tarikh pelancaran rasmi perkhidmatan berkenaan. Namun, pihak Altel telah mula menyenaraikan beberapa pengedar mereka.

Seperti semua sedia maklum, persaingan di kalangan penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedia sengit, dan semestinya pihak Altel perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam usaha untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada lebih ramai pengguna. Disamping itu, kawasan liputan juga sekaligus akan memainkan peranan penting dalam menarik pengguna mereka.

Apa pun, ia masih lagi pada peringkat awal, dan sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Altel melalui perkhidmatan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd