READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Terdapat beberapa perisian alternatif pejabat, dan salah satunya adalah OpenOffice. Kini, Apache Software Foundation telah pun mengumumkan pelancaran OpenOffice 4.0 yang mana hadir dengan pelbagai fungsi baru dan penambah-baikkan kepada perisian tersebut.

OpenOffice 4.0

Salah satu perubahan utama yang disertakan pada OpenOffice 4.0 adalah penambahan panel sidebar yang akses pantas ke beberapa fungsi utama dalam membuat penyuntingan dokumen. Selain daripada itu, sokongan dokumen dengan format Microsoft Office ditambah-baik berbanding sebelumnya. Sokongan penyuntingan grafik pada OpenOffice juga ditambah-baik melalui versi ini.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun OpenOffice 4.0 untuk Windows, Mac dan juga Linux hari ini, dan mula menggunakannya dalam penyuntingan dokumen harian anda.

Muat-Turun OpenOffice 4.0
Terdapat 12 komen
Komen Popular
  1. Aku kerja 10 tahun dah sebagai kerani pejabat. Dari segi antaramuka sama macam dulu2 lagi..dulu pernah guna selama 2 tahun kerana bos aku dulu kedekut nak keluar duit untuk beli ms-opis…and selepas dia meninggal…ganti bos baru…beli ms-opis dan sampai sekarang aku selesa pakai ms-opis…

  2. Menarik. Boleh tinggalkan terus ketagihan kepada penggunaan MS Office versi cetak-rompak.

Keseluruhan Komen
  1. Aku kerja 10 tahun dah sebagai kerani pejabat. Dari segi antaramuka sama macam dulu2 lagi..dulu pernah guna selama 2 tahun kerana bos aku dulu kedekut nak keluar duit untuk beli ms-opis…and selepas dia meninggal…ganti bos baru…beli ms-opis dan sampai sekarang aku selesa pakai ms-opis…

  2. Menarik. Boleh tinggalkan terus ketagihan kepada penggunaan MS Office versi cetak-rompak.

    • kalau open office baru keluar aku setuju komen en macbook. tapi masalahnya open office dah lama keluar. tu tak cerita lagi libre office

      • (senyum)… Dah lama keluar la, jadi alasan kukuh utk terus tinggalkan MS Office pirate. Sebab ver 4.0 lebih stabil dan up-to-date, berbanding versi baru keluar.

        Saya pun pakai LibreOffice. Libre pun dah well upgraded kepada ver 4.0 + juga.

        • alhamdulillah en macbook, jauhilah software cetak rompak kerana ia amatlah berdosa

  3. logo Amanz.my ni dah macam seakan akan serupa dengan logo OpenOffice.org? adakah Amanz.my yg meniru & mengolah semula drpd logo OpenOffice tu?

  4. Aku pula selesa dengan WPS Office. Bagi aku dah tak perlu nak guna software Microsoft Office cetak rompak dah.

  5. Kingsoft office pun satu alternatif yg baik kalau tak nak guna ms ofis atau open ofis ni..

  6. ada sapa2 boleh terangkan x apa beza openoffice ngan libreoffice selain company beza. kenapa dlm ubuntu dulu pakai openoffice tp skrg pki libre office. hrp bantu or pihak amanz bole keluarkan artikel berkenaannya. tq

    • Setiap perkara yang dicipta merupakan sebuah inovasi. Inovasi bertujuan untuk memudahkan sesuatu urusan. Jadi,itulah jawapannya.

      Betul tak Pendekar Masai.
      Kita peroleh kemenangan yang ketiga.

Komen

Nama
Web