Cari @ Amanz

CyanogenMod 10Jarang sekali kita lihat pihak pembangun CyanogenMod hadir dengan video promosi untuk sesuatu produk mereka. Terkini, mereka dilihat telah memuat-naik sebuah video baru, dinamakan sebagai “Nemesis Trailer”, memperlihatkan mereka bakal mengumumkan sesuatu yang baru tidak lama lagi.

Apakah yang akan diumumkan oleh mereka masih tidak diketahui. Daripada apa yang diperlihatkan pada video tersebut, mereka menggunakan perkataan “New Challenger Appears”, dimana memberikan idea mereka akan hadir dengan sesuatu baru – mungkin memfokuskan kepada sesuatu fungsi baru. Pada masa yang sama, melalui ruangan komen pada video berkenaan di YouTube juga, ramai kelihatan inginkan Ubuntu Touch versi CM.

Jadi, bagi anda, apakah yang dijangka akan diumumkan oleh pihak pembangun CyanogenMod?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd