Cari @ Amanz

Samsung Galaxy FolderSamsung sebelum memfokuskan kepada telefon pintar, mereka sedia hadir dengan beberapa telefon bimbit yang boleh flip. Tetapi, akhir-akhir ini, dengan lebih ramai yang memfokuskan kepada skrin sentuh, rekaan sebegitu tidak mendapat perhatian ramai pengeluar. Kini, mengikut beberapa laporan terbaru, dikatakan Samsung bakal hadir dengan telefon seumpamanya.

Mengikut apa yang diperkatakan, peranti ini kelak akan dikenali dengan nama Samsung Galaxy Folder, dimana akan menyertakan skrin dengan paparan 480×800 pixel, serta cip pemprosesan dwi-teras. Versi dengan sokongan LTE juga dijangka akan hadir daripada Samsung. Dan memandangkan ia akan menyertakan rekabentuk flip, maka mungkin kita akan melihat papan kekunci fizikal disertakan bersama-sama dengannya.

Jadi, sekiranya peranti ini dipasarkan, maka mungkinkah ia akan menerima permintaan ramai? Apakah pendapat anda berkenaan peranti boleh flip>?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd