Cari @ Amanz

Nampaknya, Android terus mendominasi pasaran telefon pintar seluruh dunia, dimana mengikut laporan IDC yang dikeluarkan untuk suku tahun lepas, hampir 80% yang dikeluarkan dan dipasarkan pada suku tahun lepas adalah berasaskan Android.

IDC -S2 2013

Daripada angka yang dikeluarkan, pada suku kedua 2013, sebanyak 187 juta unit telefon pintar Android telah dikeluarkan, sekaligus memegang 79.3% pasaran global untuk telefon pintar.

Apple menduduki tangga kedua, dan diikuti Windows Phone pada tangga ketiga. Apple dilaporkan mengeluarkan sebanyak 31.2 juta telefon pintar diikuti oleh Windows Phone dengan 8.7 juta telefon pintar.

Dari segi peningkatan, Windows Phone memperlihatkan peningkatan yang amat mendadak, iaitu sebanyak 77.6% berbanding suku tahun 2012.

Perkara agak mendukacitakan untuk BlackBerry, dimana hanya sekitar 6.8 juta unit dikeluarkan pada suku lepas, dan memperlihatkan penurunan jikalau dibandingkan dengan tahun 2012.

Seperti semua sedia maklum, Android boleh dikatakan terus mengukuhkan kedudukan di pasaran, salah satunya adalah disebabkan pemasaran drastik oleh pihak Samsung. Untuk Windows Phone pula, sumbangan utama boleh dikatakan hadir dari pihak Nokia yang terus memfokuskan dalam pemasaran platform tersebut dibawah nama keluarga Nokia Lumia.

IDC -S2 2013

IDC -S2 2013

Jadi, mungkinkah kita akan melihat sebarang perubahan pada suku ketiga 2013 kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd