Cari @ Amanz

Facebook nampaknya mengikut jejak langkah beberapa gergasi internet yang lain, dan kini menerbitkan laporan statistik berkenaan informasi yang diminta oleh kerajaan seluruh negara berkaitan pengguna pada laman sosial gergasi tersebut.

Melalui halaman khas yang disediakan, Facebook memperlihatkan berapakah info pengguna dan laporan yang dibuat oleh kerajaan seluruh negara untuk tempoh enam bulan pertama 2013 ini.

Mengikut apa yang dikongsikan pihak Facebook, sebanyak 7 permintaan telah dilakukan oleh Malaysia, dan meminta info 197 pengguna Facebook. Namun, ia dilihat tiada permintaan yang dipenuhi oleh pihak Facebook.

Daripada statistik yang dikeluarkan, Amerika Syarikat dilihat membuat permintaan tertinggi, iaitu meminta info sehingga 21,000 pengguna, dan lebih kurang 79% permintaan dipenuhi pihak Facebook berdasarkan kepada terma dan undang-undang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd