Cari @ Amanz

Google sedia membangunkan perisian dan teknologi untuk kereta tanpa pemandu mereka, dan mengujinya secara dalaman. Kini, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan Google akan membangunkan kereta automatik tanpa pemandu mereka itu sendiri, dan bukannya bekerjasama dengan pengeluar lain.

Ia dikatakan, untuk beberapa bulan lepas, Google telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengeluar untuk membangunkan kereta mengikut spesifikasi yang ditetapkan Google. Langkah ini diambil oleh Google setelah perbincangan dengan pengeluar kereta untuk mengintegrasikan teknologi mereka pada kenderaan tidak begitu berjaya.

Google juga dijangka akan menawarkan kereta automatik mereka kepada pengguna seawal tahun 2017 kelak.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia bukanlah sesuatu yang baru, dimana untuk telefon, tablet dan juga komputer riba, mereka sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar, dimana mereka hadir dengan rekaan dan spesifikasi peranti, sebelum ia menjadi rujukan kepada pengeluar lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd