Cari @ Amanz

Bagi para pembangun tempatan, salah satu acara tahunan yang diadakan dengan kerjasama pihak Google adalah Google DevFest Kuala Lumpur. Kini, kelihatan ia akan diadakan di Malaysia untuk kali ke-4, dan tarikh cadangan awal adalah sekitar November 2013 kelak.

Seperti biasa, acara tahunan yang memfokuskan kepada para pembangun ini akan membincangkan beberapa perkara, termasuk berkenaan dengan platform Android, Google Chrome, Maps API, dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat pra-pendaftaran melalui laman rasmi Google DevFest Kuala Lumpur, dan mendapatkan perkembangan lanjut semasa berkenaan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd