Cari @ Amanz

Hari ini, Google Malaysia hadir dengan pengumuman yang dinantikan ramai pengguna tempatan, iaitu sokongan Street View di Malaysia. Melalui pengumuman hari ini, Google menyertakan sokongan pengimejan Street View di 18 kawasan di sekitar Malaysia.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, imej-imej 360-darjah ini telah dikumpulkan menggunakan Street View Trike – sebuah sistem kamera berasaskan basikal beroda tiga.

Google Street View Malaysia

Google Street View Malaysia

Google Street View Malaysia

Untuk menjayakan Street View di Malaysia, pihak Google telah bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia dalam membawakan beberapa lokasi utama terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan ke lokasi yang lain.

Di Malaysia, lokasi yang disokong dengan pengimejan Street View adalah:

  1. Taman Tasik Ampang Hilir
  2. Dharmikarama Burmese Temple, Georgetown, Penang
  3. Fort Cornwallis, Penang
  4. Kapitan Keling Mosque, Penang
  5. Penang War Museum
  6. Taman Putra Perdana, Putrajaya
  7. Taman Rimba Riang Park, Selangor
  8. Taman Tasik Shah Alam, Selangor
  9. Sunway Lagoon
  10. Shah Alam Go Kart
  11. Taman Desa Water Park
  12. Taman Tasik Titiwangsa
  13. Taman Rimba Kiara
  14. Taman Botanical Kepong
  15. Taman Tasik Kepong Metropolitan
  16. Sri Subramaniam Temple, Batu Caves
  17. Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
  18. Desa Park City

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd