Cari @ Amanz

Dengan industri jam tangan pintar yang hangat diperkatakan pada tahun ini, kini Google dilaporkan telah mengambil-alih salah satu pengeluar jam tangan pintar berasaskan Android, iaitu WIMM Labs.

WIMM Labs sebelum ini telah mengeluarkan jam tangan Android mereka pada tahun 2011, dimana ketika itu ia telah mendapat perhatian ramai. Kini, dengan pengambil-alihan ini, ia dikatakan pekerja WIMM Labs akan bekerja terus dibawah pasukan Android.

Google sebelum ini telah dikatakan ingin mengeluarkan beberapa peranti baru, termasuk jam tangan pintar dan juga konsol berasaskan Android. Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus memberikan idea yang mana pihak Google sendiri akan mengeluarkan jam tangan pintar mereka tidak lama lagi, ataupun memperkenalkan versi Android yang dioptimasikan untuknya.

Seperti biasa, tiada sebarang harga pengambil-alihan yang dikongsikan kedua-dua pihak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd