READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Harga Jualan Nokia Lumia 925 Dikemaskini Kepada RM1599

Diterbitkan pada August 2, 2013 oleh

Nokia Lumia 925 telah pun dijual di pasaran tempatan bermula bulan ini, dan menariknya, berbanding harga yang diumumkan oleh Nokia Malaysia sebelum ini, kini peranti berkenaan dijual pada harga lebih rendah, iaitu pada RM1599.

Nokia Lumia 925

Sebelum ini, Nokia Malaysia mengumumkan peranti tersebut untuk pasaran tempatan dengan harga RM1799. Ia tidak diketahui mengapakah perubahan harga ini berlaku, dan pertanyaan kami kepada pihak Nokia tidak mendapat sebarang maklumbalas.

Nokia Lumia 925 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 1.5GHz dwi-teras, kamera belakang 8.7-megapixel PureView, kamera hadapan 1.2-megapixel dan memori sebanyak 1GB RAM.

Ia dilengkapi dengan WIndows Phone 8, dan menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk Nokia Smart Cam.

Berbanding dengan Lumia 920, kini ia dijual pada perbezaan harga sekitar RM50, dimana harga jualan saranan Lumia 920 pada hari ini adalah RM1549.

Kemaskini (6.45 petang) : Kami telah menerima kenyataan daripada pihak Nokia Malaysia, dimana menurut mereka, perubahan harga yang dilakukan adalah untuk kesemua peranti Lumia mereka, bersempena dengan musim perayaan ini. Lumia 520 kini membawakan harga jualan saranan sebanyak RM529, dan Lumia 720 pula membawakan harga saranan RM899.

Terdapat 40 komen
Komen Popular
  1. tu dia,tanda-tanda lumia 1020 bakal menjengah ke pasaran Malaysia tak lama lagi..

    selamat datang Lumia 1020..:)

Keseluruhan Komen
  1. awal sangat aku beli. simpan duit sikit dah boleh angkat L925.
    eh, Amber Update bila nak release ya?

      • Hanya iPhone5 yang mudah meletup & terbakar saja yang tak mau turun2 harga…hebat le tu konon!

    • Dia pun tahun tyme Raya laa org cari hanset baru, so, dieorang amik laa peluang turunkn harga. Dgn cara mcm nie laa wp8 nk gain marketshare kt M’sia nie.

      sesapa yg x suke tu bleh arr amik s4 Zoom.

      sesape yg buat2 tak suke tu bleh arr amik s4 active.

      It’s time to #switch. THIS IS LUMIA.

  2. Lebih bagus daripada iPhone5, HTC One & Samsung S3. Lumia 925 pembelian yang amat berbaloi.

  3. tu dia,tanda-tanda lumia 1020 bakal menjengah ke pasaran Malaysia tak lama lagi..

    selamat datang Lumia 1020..:)

  4. ni yg teman geram nengok ni..
    design lawa dahh.. x terikat ngan design unibody n9..

  5. mungkin sebab harga samsung ativ di malaysia dah jatuh ke rm1100..
    specs sama lumia 925..dan masalahnya samsung ativ xbrapa laku..
    mungkin sebab samsung tak sebagus nokia untuk pakai wp8..

  6. Perbezaan antara Lumia 920 dan 925 yang paling ketara pada jenis skrin kan? 920 pakai IPS LCD, 925 pakai AMOLED…ada apa2 perbezaan ketara lagi tak y saya miss?

  7. tgk tuh, boleh jer jual murah, x rugi pon, so pendapat aku smartphone ni kalau jual paling mahal pun sekitar RM1500 pon boleh sbnrnya, ni asyik nak pakai cecah RM2200 jer, adehhh

  8. Boleh tak format hp ni…kalau nak tukar OS macam anroid ke ? Windows 7 ke ? linux ke ?…

  9. ni harga RRP yg official dari nokia.. nak murah lagi, kena la usaha cari kat kedai2 lain.. but beware laa dgn set AP..

    pendapat aku, 925 ni design ngan skrin lawa..cuma memory low dan kalo nak wireless charging, kena beli accessories.. bagi aku, memory tu agak membebankan..sbb bkn stkt gmba je..lagu, video, apps pun nak isi jgk dlm tu..kan? runsing jgk memory limit takat 16gb je..yg pakai memory card pun sll penuh, inikan plk yg xle bubuh..

    • Nexus 4 pun memori 16g je, tapi aku baru je beli kat digi. Murah pulak kontrak 2 tahun bayar harga lima ratus lebih je.

      • Beli kontrak kdg2 cekik darah jgk..device kena bayar, bil tepon 2 tahun pun kena bayar..silap2 lagi mahal dri harga asal..

  10. “The nice thing about Windows is, it doesn’t just crash, it displays a dialog box and lets you press “OK” first.”
    RICH EDMONDS – UK Editor

  11. Salam, saya dah pakai lumia 925 bbrp hari. Masalah besar yg dihadapi skrg ialah ia menjadi terlalu panas setelah guna (penggunaan normal -bukan game)berterusan walaupun dlm tempoh 10 minit. X pernah saya kena mcm ni pada hp2 yg lain sblm ni. Ada yg tau penyelesiannya x? Tq

Komen

Nama
Web