Cari @ Amanz

Beberapa minggu sebelum ini, Microsoft sedia hadir dengan sebuah hadir dengan sebuah iklan yang memfokuskan sokongan kamera di sebuah perkahwinan yang dibandingkan dengan peranti iPhone dan juga Android. Kini, sekali lagi mereka hadir dengan iklan baru memfokuskan perkara lebih kurang sama.

Adakah ini akan membuat lebih ramai memilih peranti Windows Phone?Melalui iklan terbaru ini, ia dilihat Microsoft memfokuskan sokongan kamera yang dibawakan oleh Nokia Lumia 1020, dan dibandingkan dengan peranti keluarga Galaxy daripada Samsung dan juga Apple iPhone.

Nokia Lumia 1020 boleh dikatakan salah satu peranti Windows Phone yang dinantikan ramai, apatah lagi dengan sokongan kamera 41-megapixel. Di Malaysia, peranti ini dijangka akan dipasarkan pada suku ke-4 tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd