Cari @ Amanz

The International merupakan salah satu kejohanan tahunan DOTA 2 yang dianjurkan oleh pihak Valve. Untuk tahun 2013, ia merupakan kali ketiga kejohanan tersebut diadakan dengan tawaran hadiah yang amat menarik untuk para pemenangnya.

Kejohanan ini turut memperlihatkan salah satu pasukan dari Malaysia menyertainya, iaitu Orange.Neolution, yang mana telah memenangi tangga ketiga dalam kejohanan tersebut, sekaligus pulang dengan hadiah bernilai $287,441.

Pada perlawanan akhir, Orange telah menentang Na’Vi, dimana memperlihatkan mereka memenangi permainan pertama, tetapi tewas pada permainan kedua dan juga ketiga.

Seperti biasa, Orange mensasarkan untuk menyertai kejohanan The International 2014 pada tahun hadapan, dan selain itu, mereka juga dijangka akan menyertai satu lagi kejohanan DotA pada bulan November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd