READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Hari ini, pihak Proton secara rasminya telah pun melancarkan kereta terbaru mereka, dinamakan sebagai Proton Suprima S. Seperti biasa, ia menyertakan beberapa peralatan dan aksesori bersama-sama dengannya, dan salah satunya adalah sistem infotainment berasaskan Android.

Melaluinya, ia menawarkan skrin LCD sebesar 7-inci yang mana digunakan untuk memainkan DVD, selain mana turut dilengkapi dengan sokongan navigasi GPS bersama-sama dengannya.

Proton Suprima S - Infotainment

Ia dikatakan sistem tersebut turut didatangkan dengan sokongan WiFi, membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar atau hotspot dan menggunakannya dalam kereta. Namun, untuk sebab-sebab keselamatan, pemain DVD dan juga pelayaran berasaskan WiFi dikatakan hanya boleh diakses ketika menggunakan handbrake sahaja.

Kami belum berpeluang melihatnya lagi, sekaligus tidak begitu pasti akan berkenaan sistem navigasi GPS yang disertakan bersama-sama Proton Suprima S ini.

Terdapat 158 komen
Komen Popular
  1. Tu baru guna android, kalau guba IOS mau mencanak harga naik smpi RM100K, premium katenye..hihihi, pape pun design lawa, cuma harga x patriotik dan x selari dgn ungkapan “BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA”,

Keseluruhan Komen
  1. Tu baru guna android, kalau guba IOS mau mencanak harga naik smpi RM100K, premium katenye..hihihi, pape pun design lawa, cuma harga x patriotik dan x selari dgn ungkapan “BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA”,

    • harga dia membuatkan daku tertanya-tanya….oh malasysia ku bila nak merasa kereta tempatan “value for money” sigh

      • (senyum)… Itu lah kamu, siapa suruh tak sokong Rafizi… sokong Ah Jib Gor, inilah kesannya… (senyum)

        • pertama kalinya saya nampak En. MacBook dapat lebih likes berbanding dislikes…
          pertama kali juga saya nak tekan like utk encik.
          (jgn salah sangka, sebelum ni saya tak pernah tekan like/dislikes utk encik). ;p

          • Sebenarnya ramai yang ingin Thumb Up untuk beliau, dengan fakta yang sarat. Tapi ada dikalangan kita bersikap ignorant. Sanggup deny suatu fakta. Senang kata, hater.

            Saya suka melihat beliau, even komen di-rate begitu rendah, beliau masih tidak hiraukannya.

        • Itulah perbezaan jika En MacBook Shah Alam tidak taksub gila kepada produk2 iOS Apple….Hidup Android!

          • Salam Aidilfitri K-Bana…

            1. Err… saya lebih taksub gila kepada kemaslahatan pengguna dan faedah yang pengguna dapat dari sesuatu gajet. Pengguna tidak sepatutnya menjadi bahan/mangsa manipulasi industri komersial , di mana kemudiannya merugikan pengguna.

            2. Jika kita terlalu taksub kepada jenama, perkara itu takkan berkekalan. Realitinya, setiap jenama mempunyai zaman bangun jatuhnya, maupun pasang dan surutnya.

            3. Jika tidak wujud Apple pun, saya akan terus bersuara sedemikian. Apatah lagi, saya dan kamu juga sebahagian dari masyarakat pengguna. Saya lebih gemar berbicara dengan rakan-rakan di amanz berkenaan kepentingan ini.

            4. Jika saya kerap mengambil contoh/berita yang berkaitan dengan Apple, saya juga mengharapkan yang lain, juga turut memaparkan info yang baik untuk dikongsi bersama. Ok?

        • keh3…tertanya juga kenapa banyak lagi yang disuruh berterima kasih dan belajar menerima seadanya sedangkan kita sepatutnya dilayan sama rata tanpa mengira pangkat dan kedudukan..

          Tiada gunanya ahli yang berhormat berkempen menjanjikan taraf kehidupan yang lebih baik sedangkan tuan empunya diri lebih menjaga kepentingan “survival” politiknya daripada kepentigan rakyat

      • Betul tu, kalau nak bicara mengenai harga kereta di Malaysia, mungkin bukan disini tempat yang sesuai. Apakan tidak, selama berpuluh tahun merdeka, baru pertama kali dengar manifesto menurunkan harga kereta.

        Ini bermakna, selama ini harga kereta sememangnya boleh diturunkan. Tapi disebabkan beberapa hal yang “tidak boleh dielakkan” maka harganya masih berada ditahap tinggi.

        Banyak sebenarnya penerangan demi penerangan mengenai isu ini, namun sesetengah pihak masih membutakan mata, memekakkan telinga demi mengikut sahaja kehendak orang berkepentingan. Bak kata mereka, “Asal Malaysia aman,syukur”

        • Saya terpaksa menarik balik kenyataan saya di atas ini.
          Saya terpaksa membincangkan harga kereta nasional dek kerana ramai sudah berkomentar mengenai harga kereta.

      • Salam, ada iaitu Proton Saga FLX, CVT 6 gear, radio/cd boleh guna kat steering, ada ABS dan EDB dan 2 air bags, booth besar boleh bawa golf set.

    • bagi aku relevan lah harga tu kecuali ada parts yang sepatutnye premium tapi tak diletak premium… standard lah bile hatchback version harga akan dinaikkan 4k-5k

      • Mari kita bincang mengenai harga kereta nasional di luar negara.

        http://www.proton.com.au/special-offers/
        http://www.protonpreve.com/pricing.php

        Di Australia, harga bagi sebuah kereta model Preve berharga $18,990.
        Di Malaysia, harga bagi sebuah kereta model Preve berharga RM59,990.
        Kedua-duanya merupakan model yang sama dan spec yang sama. Harga diambil sebelum potongan harga. Ironinya, rakyat Austalia ada offer, tapi di Malaysia?

        Lihat perbezaan yang ketara? Mengapa harga di luar negara lebih murah?
        Pasti Meleis akan katakan bahawa saya belum convert kepada matawang Ringgit. Still, ia lebih murah dengan kadar harga RM57,230.64.

        Isunya bukan CONVERT MATAWANG atau tidak. Isunya ialah kadar kuasa beli yang rendah yang dikenakan oleh KERAJAAN kepada rakyat.

        Situasi ini saya reka bagi menerangkannya;

        Jika Ahmad bekerja di Australia dan bekerja di McDonald. Ahmad akan mendapat $12 bagi setiap satu jam bekerja. Andaikan bahawa majikannya memberi Ahmad cuti sehari dalam tempoh seminggu, dan tempoh kerja selama 8jam sehari.

        Dalam tempoh sebulan, Ahmad akan memperoleh sebanyak $2,304(Tanpa sebarang Cukai Pendapatan). Jika keseluruhan wang yang diterima tidak mempunyai sebarang bocoran dan disimpan untuk membeli Preve, Ahmad perlu bekerja selama 8bulan lebih. Ahmad dapat membelinya dengan WANG TUNAI tanpa sebarang HUTANG.

        Situasi kedua pula;

        Marsha yang mengalami situasi yang sama dengan Ahmad, tetapi bekerja di Malaysia dengan kadar yang sama dengan Ahmad. Memerlukan tempoh bekerja selama 26bulan. Ingat, tempoh ini berlaku jika Marsha tidak mempunyai sebarang bocoran daripada wang gaji yang diterima termasuk Cukai Pendapatan.

        Nampak? Perbezaan antara kuasa beli Ahmad di Australia dengan Marsha di Malaysia. Mengapa di Australia dijual lebih murah? Orang yang bekerja di McD boleh membeli sebuah kereta dalam tempoh 8bulan sahaja, manakala di Malaysia, kita perlu kerja selama 2tahun lebih? Hanya untuk membeli sebuah kereta.

        Saya percaya, pasti akan ada yg mengusir saya dari negara ini :(
        Bukan anda, tapi orang berkepentingan.

        Tl;dr.

        • ambil kira sekali faktor cukai jalan, harga minyak, kos sara hidup, kekuatan ekonomi negara malaysia dan negara luar tersebut.
          jujurnya saya macam rakyat malaysia yang lain sangat suka dan setuju jika harga kereta diturunkan keseluruhnnya. tapi biarlah secara berperingkat. negara kita dah terlalu lama menikmati hasil cukai daripada jualan kenderaan yang bernilai mencecah bilion ringgit.untk kehilangan hasil negara yang begitu tinggi banyak yang perlu difikirkan untuk mengelakkan masalah dikemudian hari.

          • Punca yang begitu rapat dengan masalah ini ialah ruang keselesaan dalam persaingan.

            Di Malaysia, Proton begitu selesa meletakkan harganya sendiri. Proton seolah-olah duduk dalam satu kumpulan yang langsung tidak memerlukan saingan. Ya, cukai. Cukai lah yang telah lama melindungi Proton selama ini. Jika pada awal kemunculan Proton, kita masih terima akan hal ini, tapi setelah puluhan tahun dan berbilion keuntungan, masakan Proton masih memerlukan cukai sebagai perlindungan mereka untuk bersaing secara terbuka.

            Lain ceritanya di Australia, Proton begitu terhimpit dengan situasi automotif yang saya kira begitu rancak.Mana tidaknya, Proton sampai mengenakan potongan harga kepada rakyat Australia agar mereka membeli kereta Proton.

            Kenapa ini tidak terjadi di dalam tanah tumpah Proton itu sendiri? Potongan harga kepada warga luar,sedangkan anak jati sendiri disini terpaksa membayar lebih.

            Cukai yang dinikmati kini sebenarnya boleh dilipat-kaligandakan. Jika cukai direndahkan, banyak pengeluar mobil di luar negara berani masuk ke dalam Malaysia. Impaknya, jualan kereta meningkat. Kutipan cukai per kereta juga meningkat seiring dengan gaya hidup yang lebih baik.

            Think wise, banyak cara untuk menaikkan ekonomi Malaysia sebenarnya. Saya sebenarnya suka untuk Malaysia meniru cara pentadbiran negara Brunei daripada Singapura mahupun Australia.

          • struktur cukai kereta di malaysia ini tidak hanya tertakluk kepada kereta import atau kereta bukan nasional sahaja. proton dan produa juga termasuk, serta kia, hyundai, mercdez benz dan lain2 kereta pemasangan tempatan. jadi harga jualan proton juga bergantung pada kadar cukai yang dikenakan. ramai yang tidak faham serta keliru harga tinggi bukanlah disebabkan proton ingin mengambil untung berlebihan.
            bahkan dengan pelaksanaan AFTA, sepatutnya kereta2 keluaran T dan H tidak sepatutnya berada pada kadar seperti sekarang ini. keluaran mereka juga kebanyakannya telah dituruntarafkan kepada spesifikasi yang lebih rendah. pihak manakah yang mengambil untung berlebihan sebenarnya.
            -kesalahan sepatutnya diletakkan pada struktur cukai kerajaan malaysia

        • Inilah namanya bisnes. Kalau di luar proton jual mahal mana nak laku. Kalau di malaysia proton mmg mempunyai peminat mereka sendiri. Dan ya ianya dilihat menganiaya rakyat sedikit. Bagi aku mudah saja. Bmw kekal di hati. Puas. Namun bukan pula berkata syarikat lain seperti honda toyota tidak bagus. Beli kereta untuk keperluan.

          sama hal berlaku dgn aku berjinak-jinak dengan sukan golf walaupun aku tidak suka. Tetapi demi contract… layankan aje.

          so jangan gaduh2. Kalau rasa dianiaya jangan beli. Lagipun proton tidak pandai jaga market kereta mereka bila letgo.

          Aku juga ada sebuah perodua alza dan myvi. Rasanya lebih baik.

          • sebenarnya Proton tidak mengenakan harga sesuka hati di Malaysia, harga yg diletakkan sebenarnya lebih murah daripada yg dijual di arab saudi. Cuma masalahnya, kenderaan tempatan juga dikenakan cukai eksais yg membebankan. Ia juga bukan kerana Proton jual murah di luar negara kerana tak laku, tetapi sememamngnya kenderaan buatan Proton memang murah, cukai eksais yg menyebabkan harga kereta tinggi. Negara lain, mempuya polisi cukai yg tersendiri. Sebab tu berbeza harga. Tetapi bila dibandingkan, kereta Proton paling mahal dijual di Malaysia. Selama ini, kita membeli sebuah kereta Proton, ibarat membeli 2 buah di Arab saudi. Anda beli dua, dapat satu.

            Saya lebih menyokong manifesto Pakatan rakyat yg berusaha menurunkan cukai eksais, bukannya seperti kerajaan BN yg mendesak pengeluar yg menurunkan harga kereta, cukai eksais tetap sama. Sebab tu kita dapat lihat model Saga SV, yg telah downgrade dia punya spesifikasi. Harga RM33k. Sedangkan di Jepun, kita boleh dapat Honda Strea full spec pada harga RM40k.

            Penurunan harga kereta selama ini cuma kerana perubahan yg dilakukan oleh pengeluar, seperti kenderaan dipasang di malaysia, dan dikecualikan duti import. Cukai eksais tetap sama.

            Saya bandingkan dua model kereta, pertama Mini Cooper John. Harga di Malaysia setelah ditolak duti import ialah RM200k, tetapi di US, anda boleh dapat kereta yg lebih baik spec sprti lebih banyak air bags, cuma pada harga RM78k.

            harga ford fiesta di malaysia mencecah rm80k. Harga di US, anda boleh dapatkan ford fiesta ST, ST tu kot, special punya version pada harga rm62k.

            Selama ini, anda ditipu. Kerajaan kata, turunkan harga kereta, Proton akan rugi, sedangkan Proton tak dapat pun duit cukai tuh.

          • Komen saya tidak mempunyai sebarang copyright. Ya, anda boleh.

            Cuma, betulkan ayat yang saya gunakan agar audien yang cuba anda sampaikan dapat memahaminya.

        • harap anda semua faham. RM1 diperoleh di Malaysia dan RM1 diperoleh di Australia, nilai dia tidak sama. Sebagai traveler, doktor faham kenapa harga di sana terpaksa diturunkan.

          Kalau Preve or other kereta Proton dijual pada harga yang lebih mahal, better mereka beli Volkswagen or Japanese made.

          Kepada mereka yang tak faham, tekan je button dislike. Tak penting pun like or dislike. Yang penting falsafah berlandaskan fakta yang benar dan logik akal. In this case, fakta perbezaan mata wang dan cabang-cabangnya. Garu kepala lagi? Tak payah pergi jauh, pergi Singapore ataupun negara dunia ketiga. Belajar konsep matawang. Konsep gdp per capita, dsb. Sedangkan di negara dunia ketiga lagi pening kepala disebabkan nak beli motor.

          Adik, kakak, abang, mak, ayah, datuk, nenek yang sedang membaca di Amanz ni, silalah kebangkan ilmu ini dahulu sebelum menyembur fakta sentimen politik dsb.

          extra : susah sangat dengan harga proton yang tidak berbaloi, pergi check perodua kancil turbo second hand. setel.

          • Saya dengan senang hatinya menerima jika ada apa-apa yg anda ingin betulkan kenyataan saya diatas.

            1. Anda faham apa itu MONEY CURRENCY? Ya, anda sebagai traveler akan merasai impak ini. Currency digunakan untuk menentukan jumlah syiling yang diperlukan untuk menyamai jumlah syiling yang ingin ditukar. Mengapa ini perlu? Ini perlu untuk menentukan jumlah putaran syiling yang berlaku berdasarkan jumlah rizab emas yang dimiliki sebuah negara. Gold reserve juga penting untuk pertukaran ini dijamin value-nya. Misalnya, rizab emas diperlukan untuk menjamin bank-bank,mencetak wang.

            Dalam hal cetakan wang, mereka akan menentukan jumlah gold reserve dahulu sebelum mencetaknya agar tidak terjadi inflasi mahupun deflasi.

            Jadi, disinilah dimana anda akan merasai bahawa wang Ringgit akan terasa kecil nilainya jika anda berada di negara yang lebih tinggi simpanan rizab emasnya.

            Disini saya ingin menerangkan, sungguh ini akan menjadi komen terpanjang saya.

            Sebelum anda bercakap mengenai RM1 tidak sama dengan $1. Saya ingin beritahu anda, saya bersetuju dgn pernyataan anda, tapi ia hanya akan terasa jika anda melakukan pertukaran wang.

            2. Anda tahu apa itu PPP? Purchasing power parity, atau bahasa melayu-nya kuasa beli pariti. Disebabkan sukar untuk menentukan jumlah ideal yang sebenar bagi PPP, saya menggunakan konsep KERJA sperti yang diterangkan diatas. Para economist pula menggunakan Big Mac Index (ya,ini nama burger McD, kerana itu saya ada masukkan mengenai kerja di McD sebagai puncai berkaitan mengenainya, kerana ia hampir). Big Mac Index digunakan pakar economist untuk menentukan kadar ideal PPP yang agak sukar diterangkan.

            Mengapa gunakan Burger Big Mac sebagai kayu ukur PPP? Kerana ia mudah difahami. Mereka meletakkan harga tengah penentu dengan menggunakan harga Big Mac di USA dengan nilai 0. Ini bermakna, apa akan anda dapat dengan USD50? Berapa jumlah burger akan anda dapat dengan USD50 jika berada di US? Di Malaysia? Di Singapura. Jumlah yang akan dapat dari variable yang diberilah dikira sebagai KUASA BELI PENGGGUNA.

            Anda dapat membeli Big Mac sebanyak 21biji pada harga USD50 di Malaysia.
            Anda dapat membeli Bic Mac sebanyak 30biji pada harga USD50 di India.

            Ini bermakna, kuasa beli di India lebih tinggi dari Malaysia.

            Burger-burger ini bukan saya yang rekanya. Ini apa yang saya pelajari, anda di Wikipedia.

            Saya tidak mengambil inisiatif untuk meletakkan contoh Burger Big Mac sebagai modul perbezaan Kuasa Beli Pengguna. Kerana audien di web Amanz mungkin akan menganggap saya merapu. Instead, saya letakkan modul pembayar gaji di McD. Ada pakar economist juga meletakkan jumlah minuman Starbuck sebagai modul perbandingan PPP.

            Anda faham setakat ini?

            Jika anda boleh faham setakat ini, rasanya tidak perlu saya teruskan mengenai GDP per capita.
            Sungguh ia tidak menjadi sebagai sebuah komen lagi, ia boleh dijadikan sebagai post baru untuk Amanz.

            Dan untuk pengetahuan anda, saya tidak hanya mengikut akal logikal saya bagi menerangkan isu terbabit. Anda sebagai traveler, sepatutnya boleh merasai perbezaan PPP diantara beberapa negara yang anda lawati.

            Oh btw, saya anda menerangkan mengapa harga preve diturunkan di negara lain, komen saya ada diatas.

            Anda sendiri cakap tak perlu pergi jauh, hanya ambil contoh Singapura,bukan? Berapa jumlah 1KM pertama untuk teksi biasa disana? Bukankah sama dengan Malaysia?

            Singapura=SGD3
            Malaysia=RM3

            Apa yang membezakannya? Ya, PPP. Itu yang cuba saya terangkan.

          • Saya tahu anda merupakan doktor. Jadi bidang kita berdua mungkin tidak sama. Cara pemahaman kita tidak sama.

            Maafkan saya jika terdapat ayat atau pernyataan yang keliru dalam mana-mana komen saya.

          • Sumber saya dapat melalui modul rujukan yang pensyarah saya berikan, terima kasih kerana mengingatkan kembali kepada saya fakta yang penting.

            Dan untuk Big Mac Index, anda boleh rujuk di Wikipedia atau link dibawah ini sebagai pemahaman yang lebih baik mengenai Kuasa Beli Pengguna. :)

            http://www.economist.com/content/big-mac-index

      • Oh ya, jangan lupa kita bandingkan juga harga Honda City di Australia

        Model VTi = AUD 19,990*
        Model City Vti-L = AUD 21,990*

        Pemikiran mengatakan bahawa tujuan cukai import yang tinggi dikenakan adalah bagi melindungi Proton adalah tidak tepat sama sekali. Saya berpendapat, cukai tersebut adalah salah satu cara kerajaan menjana pendapatan dari rakyat dengan menjadikan Proton sebagai kambing hitam.

        *Sumber: http://city.honda.com.au/range-pricing_compare-pricing.aspx
        Sila gunakan poskod 2000 (SYDNEY) untuk menyemak harga.

    • tu ler nk wat camne, design ok, dia punya infotainment nk beli kat mana? siapa supplier dia?

    • Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      • Jika Apple buat kereta mesti mahal tak tentu pasal, mudah terbakar dan selalu sesat masuk gaung punya!

  2. Perkataan Infotaiment tidak pernah wujud dalam bahasa melayu. DBP menyarankan agar ia digantikan dgn Infohibur. Kes yg sama berlaku pada salah sebuah syarikat televisyen kerajaan pada tahun 2003. Bukan mahu jadi grammar nazi, tapi eloklah kita mengekalkan bahasa melayu yg baik seiring dgn matlamat web ini yg memfokuskan penyampai dalam bahasa melayu itu sendiri.

    Sekarang saya boleh mendabik dada dgn hadirnya kereta bertaraf tinggi dihasilkan oleh anak negara ini sendiri. Dengan kualiti Preve yg mendapat 5 bintang dalam ujian ANCAP Australia dan menjadi satu-satu kereta yg mendapat bintang tertinggi dalam negara ASEAN. Diharapkan Suprima S mendapat pengkiktirafan lebih tinggi.

    • Terima kasih. Ingat nak guna “infohiburan” tadi, tapi cam panjang sangat. Mungkin pada masa akan datang akan gunakan “infohibur”

      • infotaiment ni trgolong dlm bhasa pa?? setahu saya perkataan yg dicondongkan adalh utk prktaan dari bhsa lain dan msti bermakna.. so, infotainment msh x blh diterima lagi….

        peace

          • Daripada apa yang aku belajar. Guru aku mengatakan infotainment memang takda dalam Bahasa Melayu. Malah,suatu ketika dahulu RTM juga pernah menggunakannya.

            Jadi,perkataan yang terbaik untuk digunakan ialah ‘inforia.’

      • Ya, saya perasan akan perkara itu. Tapi dibahagian tajuknya pula bagaimana?

        Aman juga bersetuju untuk menggunakan perkataan yang disarankan pada masa akan datang. Jadi, tidak perlu jadi isu lagi.

        • Ya, saya juga tidak mahu panjangkan isu ini. Saya juga beranggapan wordpress themes yang digunakan oleh saudara Aman tidak menyediakan ciri-ciri huruf condong pada bahagian tajuk. Jika tidak saya amat yakin beliau akan melakukan perkara sama seperti dalam kandungan artikel beliau.

    • perkataan ‘Infotainment” digunakan dalam sistem multimedia Proton Suprima ini. klau tak percaya, sila ke showroom esok, buka sistem tu, akan keluar perkataan proton infotainment. jadi kiranya ia telah menjadi satu nama khas.

    • Salam semua,

      1. Memang menarik bila berbahas berkenaan pengistilahan kata nama kontemporari ni. Lazimnya perkataan ‘informasi’ menjadi terlalu popular hinggakan menjadi perkara sinonim apabila dipendekkannya untuk dibuat gabungan dengan perkataan lain ‘info-’… infotainment, infotech, infowar. Contoh lain ialah info-didik. Ertinya, tidak pula dimanipulasikan perkataan ‘maklumat’ dalam pengistilahan bahasa kita.

      2. Ironinya, penterjemahan istilah ‘education’ pula tidaklah popular di Malaysia dengan sebutan edukasi, sebaliknya terus disebut dengan ‘pendidikan’. Jadi, bagaimana pula dengan terjemahan edutainment? Adakah sesuai diterjemahkan sebagai edu-hiburan atau didik-hiburan?

      3. Perkara kependekan dalam istilah kontemporari juga telah lama berlaku di tempat kita. Contohnya, istilah yang telah dipopularkan oleh P.Ramlee iaitu – ‘kugiran’ iaitu kependekan dari ‘kumpulan gitar rancak’, dan ‘pawagam’ iaitu ‘panggung wayang gambar’…

      4. Bahkan, sememangnya pengkayaan istilah dalam pertuturan adalah sesuatu naluri manusia, termasuklah kewujudan istilah slanga/rojak (padahal tiada dalam rekod penyediaan istilah rasmi pun). Contohnya, sebutan ‘poyo’, ‘sempoi’, ‘lu gua/wa’, ‘tenet’, ‘usha’, ‘siot’… dsb.

      Manakala penggunaan terminalogi yang sesuai dalam pengistilahan kontemporari, itu memang tugas ahli bahasa. Bahasa adalah nilai ilmu, peradaban dan ketinggian peribadi sesuatu bangsa. Jika pakar bahasa tidak bekerja keras berkenaan perkara ini, nescaya akan datanglah istilah baru slanga/rojak dalam pertuturan seharaian kita.

      5. Kesimpulannya, bahasa dan perkembangan istilahnya senantiasa bersifat dinamik, iaitu mengikut peredaran masa. Jadi, sesuai dengan slogan popular iaitu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, maka semua pihak perlu ambil peduli berkenaan hal tu, mengikut kapasiti masing-masing.

    • mcm trademark rtm yg dicipta oleh rais yatim yang kena hentam oleh DBP tu ker?

    • Jangan terkejut, Bro.. aku check tadi die pakai android 7.07.. haha.
      mungkin custom ROM

  3. Lawa bentuk dia memang tiptop bagi aku memandangkan proton dah lama tak keluar version hatchback . Ada terbaca rumours anggaran utk yg turbo version punya rm77-80k . mungkin berbaloi dgn engine dia

  4. patutnyer UI dia kne pkai stock punyer android JB..baru cool..x mcam nih..jijik gila designnyer…cam thun 2005..

  5. nape la nak letak “S” kt blkg tu…?? dh mcm nama henpon lak plak…trend kot..=)

    • “S” untuk Sporty. Tapi, RM80,000 utk kereta proton? Better ankt import car, harga pun lebih kurang, quality pun lgi ok.

        • 6 airbag yg hanya mampu berfungsi selama 2 tahun. sorry la proton, dah byk kereta proton family aku guna. mejo hancur.

          • haha.. setuju.. tapi kete kebel produk terbaik proton.. ayah aku guna sampai sekarang ok.. tak macam proton aku, macam2 masalah melanda..

          • Bro… gua pakai Wira 1.5SE 9 tahun… ok je, takde masalah pun… actually apa apa kereta ko guna pun, its up to the relation antara (CAR vs DRIVER)… in fact semua orang terkejut macamana aku boleh jual WIRA aku dengan harga tinggi macam tu setelah 9 Tahun… that is why i go for another Proton… because I Believe and im Malaysian. Tak bermakna ko bawa Toyota bukan Malaysian ye… nanti salah anggap plak… al-maklumlah sejak media social berleluasa di Malaysia dan dunia ini… Kebanyakkan masyarakat Malaysia dah tak boleh pikir… keje nak hentam orang… pantang buat salah…

      • Kau ingat kereta buatan malaysia quality kurang dari kereta import ke ? Aku rasa kereta brand proton setanding dgn jenama antarabangsa yg sama harga dgnnya. Support lah buatan malaysia , jika tidak kita siapa lagi ?

        • Aku sampai pobia tingkap asyik rosak. Apepun sebagai rakyat kita kena sokong industri kita.

          • Bukankah tingkap tersebut disertakan dengan waranti sepanjang hayat?

            http://goo.gl/ODtFSa

            Walaupun nama waranti tersebut “Power Window Lifetime Warranty” namun ia tempohnya yg sebenar tidaklah begitu lama sebenarnya.

            Dalam syarat-syaratnya menjelaskan bahawa Proton hanya akan memberi perlindungan selama 10 tahun atau 250,000KM sahaja. Jadi, ia bukanlah SEPANJANG HAYAT sebenarnya.

          • terma SEPANJANG HAYAT yang digunakanoleh proton merujuk kepada usia sebuah kereta. iaitu telah dipersetujui oleh kebanyakan negara bahawa usia sesebuah kereta ialah 10 tahun. lebih daripada itu, dah jadi scrap.

            So lifetime tu merujuk kepada kereta, bukannya manusia atau lain-lain.

          • @Savvy88 Terima kasih untuk penerangan terbabit, saya bukan tidak seberapa mahir bidang automotif/pemotoran ini.

            Golongan sperti saya masih memikirkan bahawa ia merujuk kepada usia empunya kereta. Terima kasih sekali lagi.

          • aku penah tingkap rosak 3 sekaligus..tp aku tetap sokong produk proton sbb sparepartnya masih murah..

        • KAH KAH KAH KAH KAH KAH

          Kalau kualiti bagus dan x layan customer dgn teruk xpe la blh la jugak sokong,ni tidak.

          Igt lg x kes power window dulu,ada Proton mintak maaf dan panggil balik kereta secara besar-besaran dan ganti baru?TAKDE!

          Kalau brand mcm Honda dan Toyota CEO dia siap tunduk2 mintak maaf dan panggilan besar-besaran untuk kereta akan dibuat.Proton?Buat bodo je lah.

          Nk sokong pun kalau kualiti teruk dan customer service hampeh,x guna juga.Buat apa nk menderita kerana semangat patriotik nk sokong produk tmptan tapi produk tu xde kualiti dan customer service menyedihkan?Fikir-fikirkanlah.

          • bila yer Honda dan Toyota CEO tunduk2 minta maaf dan panggilan besar-besaran untuk kereta diaorg yg rosak power window? setahu aku yg dipanggil balik semuanya sebab faktor keselamatan lain time drive.

          • proton pernah panggil balik beberapa model seperti gen2 dan satria neo antara tahun tertentu untuk ganti part pada kereta yg boleh menyebabkan air bag kelaur tiba2 tanpa sebarang perlanggaran

      • pergh… kalau suprima s yg rega 80k yg ade 6 airbags, ancap 5 bintang ni pun tak mampu nak pakai.. ni angan angan nak pakai kereta import yg harga 100k lebih..

        kalau 80k keta import yg kualiti jauh lebih teruk berbanding suprima..baik pakai subprima je lah..

      • safety features kereta import yang dalam lingkungan harga ni ada yang setanding dengan Suprima S ke?

      • Dh tengok depan2? Dh duduk dlm keta tu? Dh try drive? Kalau belum jgn komen lebih2 ok. Ni cth mentaliti kelas ke 5 org Malaysia. Sory 2 say

      • Yup. Lagipun harga jual nanti pon ok. Ambil saja contoh perdana v6 beli dan jual dalam tempoh 5 tahun. Member aku pakai myvi dah 4 tahun. Bila jual dapat pulangan 8k dan trus buat muka beli jazz. Kalau proton kau pakai la hingga hujung tahun payment. Kereta dah nak roboh baru la boleh jual dgn sedikit bayaran.

        spare part proton jugak semakin mahal. So tak ada beza dengan kereta import. N jangan tertipu dengan barangan tiruan.

        dan paling aku benci. Enjin campro ni lah yang di rolling beberapa kali dengan sedikit penambahan untuk tiap model kereta proton. Kau sebut saja semua model proton, itulah enjin 1.6 yang digunakan kecuali saga. Bila bawak 110kmh bergegar kereta. Bila sampai 120kmh ke atas ok pulak.

        sebagai peminat mobil, aku juga ada menjenguk proton baru ni. Dilihat bapa bahagian hadapan, kemasan pintunya dibaluti dengan campuran kulit yg cantik. Tapu di bahagian belakang plastik pulak. Dia ingat penggina tak perasan kut kalau slalu drive di hadapan je.

        namun proton punyai peminat sendiri. Sebagaimana wp8 dan nokia.

        • lebih baik ko periksa alignment and balancing dulu. Tu tanda alignment lari. Member aku pecut saga blm sampai 140km/h rilek jer. 110 pun tak gegar.

  6. Hdinhafizuddin harga lebih kurang keta inport tu brand apa?
    Dgn keta inport tu ada 6 air bag x? Wifi ada? Sensor hujan ada? Camera blakang? Sensor parking hadapan? Gps? Enjin turbo x? Gear ada 7 x? Paddle shift x? 5 star ancap x keta inport harga rm80k tu? Ada push on off start button?hill hold assist? Brake assist? Esc? Tc? Rim17 jgk ka?
    Try cari tgk keta inport yg ada fungsi2 mcm keta suprima ni brapa rm diorang jual?
    Or mmg xtaw apa pn fngsi2 tu…hahaha asalkan dpt naik brand H dan T

    • proton ikut strategy holden australia. die sumbat semua bende dlm kerete.

    • banyak org x tau fungsi tu bro…memang dah minded orang kita kalau dah kereta proton, memang ke laut.

      maybe orang yang banyak komplen ni mostly depa yang ada kereta proton model 4-5 tahun lepas ke atas.

      kualiti proton dah banyak berubah akhir2 ni.

    • Kereta ini baru shaja dilancarkan. Belum try belum tahu. Kena dengar komen drpd Paul Tan lah jawabnyer yerk. Hehehe

    • Yang pengutuk tu sebenarnya tak mampu beli kot bro? sebab tuh dorang kutuk? camnila bangsa ‘M” tak mao naikkan bangsa sendiri.. syik kutok n bangkang ja keja diorang? cubala bagi pandangan yg membangun cket, kalau Proton ni bangsa ‘C’ yang punya konfhem diorang beli ramai2 sebab bangsa depa yg buat..

        • Bangsa BI (Bangla-Indonesia) akan tepuk tangan tgk wayang free di Malaysia..

      • kah kah kah,rupanya masih ramai yang berfikiran macam ni,agaknya kalau jenama Proton dijual diluar negara sentimen produk bangsa Meleis juga akan digunakan untuk menjual kereta ni????kalau macam tu,sampai bila x maju produk rakyat Malaysia zzzzzzzzzz

    • kia forte ada la bang. tinggal dlm gua gaknye
      tambah 5k je

      cuma xde turbo
      tp ada turbo ko nk buatpe kete famili

      lg satu push start button dia bapak lawak kete lain sume letak dlm poket je smartkey dia kene letak kat slot sekuriti la sgt kunun lol

      tu la tggl dlm gua lg jd obses

      lg satu aku penah tanya lecturer english aku 10 taon dlu dlm english ada ke perkataan rasmi infotainment, dia ckp xde. xtao la skang dah jadi RASMI ke belom. so dlm english pon dah rosak kta lg nak cedok yg rosak

      • buat pengetahuan sedara, turbo yg digunakan pada enjin capro cfe bukanlah utk berlumba, tetapi memberi penambahan kuasa kepada enjin. jadi, pengeluar boleh keluarkan kenderaan berenjin kecil pada kenderaan besar dengan sistem turbocharged. Sistem turbocharged ni bagus, beri kuasa pada enjin kecil, mudah memotong dan juga naik bukit. Volkswagen pun banyak guna turbo. Ada enjin golf 1.4 tapi ada turbo. Renault pun ada buat mpv besor, enjin 2.0 memang tak cukup, jadi mereka tambah turbo. MPV ni kereta khas untuk yg berkeluarga.

        Orang cakap kereta proton cam tin milo. Kereta luar dulu pun sama macam tin milo. Sekarang ni proton dah maju, tak perlu mengharapkan rakan kerjasama sangat. kalau tin milo, camne preve bleh dapat 5 bintang dalam ujian ANCAP? mungkin ada yg buat pandai, kata ini rasuah ataupun agenda Anwar Ibrahim.. kikiki

        • aku tao itu soft turbo
          tp itu utk preve tp bukan utk suprima ni
          otherwise kenapa proton x brand it as cfe but put turbo terang2 kat bontot instead ……..

          eniwei aku dah test preve dulu
          ok la not bad
          tp sebab fobia dgn after sales aku amek kete luar tp bukan T&H laaa haha

          • tu cuma nak menjenamakan semula. enjin tetap cfe

  7. Ni nak habaq mai,staff gomen pon lani dah convert dr perdana,inspira ke accord 2.4 jimat maintenance dan minyak katanya. Kalo hat atas pon x sapot barangan sendiri,mcamna nk yakinkn hat bawah ni supaya guna produk sendiri?ni semua salah rosmah khatam quran nampak jambul

    • Proton rebadge accord maybe. Kawan keje proton tgh handle projek rebadge accord ni.

    • program perdana replacement model ni sama macam model perdana sebelum ni yang menggunakan model mitsubishi eterna generasi ke7, untuk model2 premium macam ni, proton pon x mengharapkan hasil jualan yang tinggi selain daripada jabatan2 kerajaan, jadi untuk menjimatkan kos,langkah yang terbaik adalah rebadge. contoh model rebadge lain juara, inspira. saya mengharapkan sedikit penambahbaikan seperti dari segi pengendalian lotus dalam model ini.

  8. Baik aq bubuh Nexus 7 je terus dalam kereta tu. Senang cerita.

  9. ad possibility x org akan gune system android tu untuk alter system kete tu, mcm bukak kunci ke ape ke?

  10. Proton..asal kereta baru je, terus nama baru..seolah2 mainkan minda pengguna, “wah, kereta baru”..padahal rupa preve.

    cuba kekalkan nama mcm honda civic,city..toyota corolla, vios dan sebagainya..

    • ko penah dengar proton saga??? cuba bandingkan rupa saga dahulu dengan sekarang

      • Pernah..
        aku pakai persona 1st edition..interior bulat2 gen2..gen2 tukar nama persona..

        x caya tgu la tahun2 ke depan..mesti ada nama baru..hihi :p

    • dah memang style proton kot.. model baru nama baru.. contoh, putra dgn arena.. kan lebih kurang je dgn wira.. tapi nama berbeza..

  11. saya dah test drive kete nie….head player dye memang pakai android tapi sensitive touch dye kurang maybe sebab screen protector kot…..blaupunk yang manufacture player nie….sound sistem adjustment memang mesra penguna…..bunyi pun memang memuaskan….apa pun terbaik

  12. aku rasa proton sekarang much better dari proton dulu. lagi2 proton dah menjadi anak syarikan DRB. alah kete import yang di bangga2kan sgt pon xde lah tinggi sgt kualiti nya. cth nya avanza aku ni dulu asik leaking jer absorber, skali jalan jauh , mesti leaking punya. brapa kali tukar dah, last2 aku beli custom baru ok.member aku vios pon sama gak, problem pon blh tahan jgk

    selepas aku tgk member aku pakai preve hmpir setahun, sekarang aku agak yakin dengan proton. skang baru ambil exora bold cfe standart. harga pon kalau nak di bandingkan dgn spec yang di tawarkan, ebd, abs, air bag, bagi aku amat berbaloi. setakat ini Allhamdulillah masih tiada masalah.

  13. Bagi aku tak adillah sebab belum apa-apa lagi, korang dah kondem kereta ni. Dengan spec yang cegitu harganya bagi aku sgt berbaloi…turbo lagi

  14. aku kalau dah memang kereta proton perlu letak 100k sebuah pun x dak masalah….masalahnya kalau harga proton di australia sendiri pun lebih murah (preve lebih kurang 47k di australia) dari harga proton yang dijual kat rakyat sendiri, apa ke jadahnya…..kalau sebab musababnya utk tujuan promosi, rasanya dah bertahun proton bertapak di saudi arabia…tp masih lgi murah berbanding harga kat negara sendiri…

    • Kalau xsalah aku harga kereta tinggi di Malaysia sb cukai. Proton pun tak terkecuali.

    • nak buat lagumana lagi, kera kat hutan disusukan, anak kat rumah mati kelaparan..adess

    • u got the point bro.

      kalau bukan kita sape lagi, akhirnya kat negara luar lagi murah. sendiri tempat, ammaa appaaa.. yennnaaa yennnnaaaa

  15. “Citing Malaysian Automative Association (MAA) president Aisha Ahmad, REFSA said Malaysians were paying more for their Protons because of painfully high taxes.
    “The burden comes from excise duty and sales tax, which are a minimum of 65% and 10% respectively… Aisha said in January 2011 that every car sold in Malaysia had been levied 65% to 105% excise duties, not including 10% sales tax,” the think-tank said.”

    Seperti yang dikatakan. Proton tidak bersalah sekarang. Spec sudah cantik. Gov sekarang yang belum cantik lagi.

    • Setuju.Tu la masalah sebenarnya.aku x kesah kalo pakai proton,tp biar la harga berpada2.Kereta yg dikatakan ‘murah’cam Saga SV pun ramai orang terpaksa hutang 9 tahun.nak beli rumah lagi.

  16. Walaupun di sini bukan medium terbaik untuk berbincang mengenai Kereta. Namun, saya ingin mempersoalkan kecekapan enjin suprima dan enjin2 proton yang lain. Penggunaan minyak yang tinggi berbanding enjin yang seangkatanya. Memang dari segi aksesori dan spesifikasi agak tinggi, dan ini memang baik untuk pengguna, tetapi masih meragukan dari segi kualiti dan reabiliti. Diharap dengan harga yang ditawarkan, kita tidal mendapat kereta yang siap separuh jalan. Bukan selalu, tetapi banyak saya lihat rakan2 saya mengeluh mengenai kualiti dan realibiliti kenderaan proton. Bak kata karam singh, Rumah sudah siap tetapi tukul masih berbunyi

    • bro jgn risau.. kualiti mmg terbaik.. cbb tu la bulan ne baru kluar..slagi x power slagi tu xboleh kluar

  17. awesome kna.. tp aku smpai skunk pelik kenapa “suprima s” alih bahasa dr “supreme”. haha
    yg pntg lawa beb xsia2 ak test drive sblm perasmian :)

    • Saya juga pelik mengapa “skunk” dialih bahasa dari “sekarang”?

  18. Dah try main HU ni masa kat showroom tadi. Punya la lagging. Nak on radio pun nak dekat 10 saat baru bunyi. Nak on navigation, pun dlm 10 saat baru keluar interface GPS. Harap iOS for car keluar nanti Proton turut sign up seperti 29 pengeluar kenderaan utama yg lain. Kita nak yang cepat, pantas, say no to lagging. Lagging is for third world country. We are not. ^^

  19. HAHAHA…nasib baik gune yg based on android lah lol…kalo gune apple nye maps, ke laut pergi nyo…cukupla sekali aq kne ngan apple maps ni, nak ikot shortcut pergi kelantan for elak jam, pastu aq pun ikotla directions yg diberi tu…terus aq kne ikot jalan jam yg mcm setahun kete x bergerak lol…sbb antar ballik jalan ke tganu..

  20. Lamborghini Gallardo Superleggera LP 570-4 Twin Turbo Underground Racing Race Version Altechno R2 vs. Nissan GT-R R35 Mk.2 AMS Alpha 12+ 1700HP

  21. Lucu 1: Harga kereta buatan Malaysia labih mahal dijual kepada rakyat Malaysia berbanding dijual diluar Malaysia, alasan cukai entah hapa-hapa – tidak ke rakyat Malaysia berasa pelik?
    Nampak sangat betapa bodoh/ironinya kita sokong kereta buatan Malaysia…

    Lucu 2: Kereta Proton Perdana kegunaan resmi kerajaan digantikan dengan Toyota Camry dulu dan kini digantikan dengan Honda Accord jelas membayangkan betapa kerajaan sendiri makin ‘fed-up’ dengan masalah mutu/kemewahan/prestasi ditawarkan oleh Proton Perdana membuktikan dasar kereta kebanggan nasional semakin malap.

    Lucu 3: Jumlah jualan kereta Proton telah dapat diatasi oleh Perodua yang sebenarnya dibina/disokong oleh Toyota Jepun sejak akhir2 ini jelas membuktikan Proton semakin musnah

    • Lucu 4: Komen kulop bana. Baru berkecimpung dalam bidang kutuk kereta nasional ke?

  22. nak tergelak aku baca komen2 uollss…kalo xsuke kete proton xpyh beli lah..beli lah kete import dan mhl2 baru berbaloi kan..yg pakai kete proton ni org yg kurang mampu beli kete mhl2..tp ada juga yg komen2 ni pakai kete proton..poyolah..cakap xserupa bikin…ikut kemampuan lah..ukur baju di badan sendiri…kalo xsuka kete bermasalah xpyh beli kereta..hari pun senang..xpikir sana rosak sini rosak….

    • Kan ? Bising psl kereta itu ini bergegar lah , tak berkuakiti lah . Baik beli superbike mcm aku tak pening kepala . Laju elak trafik siap boleh lintas audi lagi . Bawak 200 km/h tak gegar pun .

  23. bangang..brape byk hasil tuhan kurnia kt Malaysia ni.thailand x myk pun rdtax skali je seumur hidup.hasil berbilion tu x manfaat org ramai nk buat ape.hidup makin tersepit

  24. apa la cubalah bersyukurlah kerajaan telah banyak megeluarkan banyak kesenangan untuk rakyat
    kerana jika kerajaan tidak buat begi pasti rakyat akan manbeli kaederaan buatan negara lain

    • berjaya jugak rupanya lagu Terima Kasih tu.

      Terima kasihhh, ku ucapkan paaaaaadamuuu~

  25. A: Turunkan harga kereta
    N: Bersyukurlah, Malaysia masih aman. Kalu x suke dop Msia,………………………………………………………

  26. “Mahal sgt, baik beli kancil” kata org produa :)

  27. cerita pasal teknologi dlm kereta tu. aku baca dah banyak bab masuk.. dah mcm amanz.my blog politik plak. di malaysia, hanya blog/pages/fanpages politik je yg ada pelbagai-bagai info dan hasil tulisan perasaan org. huu.. terbaik rakyat malaysia.

  28. kereta Malaysia macam kualiti plastic buat cebuk punggung. design cantik tapi kualiti rongak. cepat runtuh dia punya cermin. bumbung cepat karat. bawak laju sikit jer dah gegar macam tetek pompuan lari bergegar. macam seksa sangat.

    • Macam tak percaya rakyat Malaysia komen macam ni. Dengar kata rakyat Malaysia ni pegang dengan prinsip, “Budi Bahasa Budaya Kita”. Ke sudah tukar?

  29. aku bukan la nak komdem proton ni….ada tu proton yg berumur berbelas tahun pun masih nampak atas jalan raya lg…so maknanya tahan lasak la tu…cumanya aku bg perbandingan yg diberi oleh kawan2 karib aku yg bekerja di kilang (pemasangan) toyota vios & proton….perbandingannya dari segi pengeluaran kereta per/ hari….toyota vios 50 buah/ hari…dan proton 200 buah/ hari….jadi dari segi kualiti faham2 ja la…perlu diingat pemasangan kereta proton adalah kaedah one track….so kalau sorang dah ter miss satu screw kat mana2, jgn harap la org depan nak tolong cover….kalau nasib baik bahagian QC boleh detect, kalau x detect alamatnya sampai ke tanggan pembeli x de screw satu….

  30. Aku dah bosan…asal cite pasal proton je..amat sedikit yg cite pasal kereta itu sendiri..tajuk pasal android based infotainment unit…tp brape kerat je yang sentuh aspek tersebut…rate komen sume kluar tajuk…x cukup ke blog automotif..(paling bosan ngan komen2 berbaur politik yg x berkesudahan)

  31. ANYWAY…boring tgok komen melalut2 ntah apa2…ada yg ok…ok lah tp ada gak yg komen cam sampah…ape-ape pun tgok sajorkkkkkk

  32. aku guna kereta proton dari tahun 2002 sampai hari ni takde pon problem bagai… masih tip top, masih ori spec… speed, perfomance masih mantap… aku cuma ader problem ngan jpj n pdrm je… yg depa tau nak saman aku je…

  33. Kalo nk tgk dvd kena tarik handbrake, kalo nk tgk masa jln xbole x bestla cmtu..rsenya kena sunatkan wayar sensor hndbrake tu dlu bru bole kot..tp warranti void ke..???

  34. Amanz, taknak buat video penuh berkenaan teknologi Infotainment daripada Proton ke? Apa ciri-ciri menarik yang disertakan…

  35. sy dah test drive proton suprima s nie…. terbaik kot klu nak compare model proton yg lain… kasi henjut dlm 200m dah bleh dapat 120km/h… layan roundbort 100km/h.. handling memnag superb… mantap n padat… aku memang suke handling by lotus.. sy tak nak komen pasal kualiti.. sebab tak ade track record lagi… kete yg sy pakai skang pun kete waja thn 2003… dah 10 thn… tak ade masalah pun… tingkap tak pernah lak plak fail… masalah sikit2 tue biase lah.. kete pun dah tua…

    • Saya pakai kereta import yg dibeli 10 tahun dulu pd hg 90K+++. Saya pun dah beli suprima, sebagai tanda support pd proton, sebelum decide suprima, saya dah duduk dalam volkswagen… akhirnya pi ke proton edar jugak, x kisah apa orang lain kata… rasaya, saya ja yg parking proton di tempat kerja (sebab lately orang suka pilih keta model Jepun), pendek cerita saya suka sangat. confident je time memotong…mantap! lagi pun suprima saya jadi perhatian compare ngan camry bila parking…tambah2 lagi saya beli keta bukan utk dijual…lantak la.

  36. Salam Sejahtera…

    Nk tnya soalan noob sikit..

    Di luar negara mudah ke nk dptkan pinjaman untuk beli kereta atau membuat loan peribadi? camner denga interest? bulanan? rasenye lagi tinggi di sana..plss correct me.. >_>

  37. Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak ? Jika ya hubungi kami di (excelservices.managementonline@gmail.com) untuk informasi lebih lanjut .

Komen

Nama
Web